Pages

Thursday, August 14, 2008

take a break..

hari ni tak ada mood nak sambung pasal breastfeeading..
cuma memikirkan kejadian dan peristiwa yang banyak berlaku sekarang ni..
susah untuk diluahkan.. dan susah untuk dimengertikan..
bersabar lah hati.. setiap dugaan pasti ada hikmahNya..

bukan tak bersyukur dengan kehidupan sekarang, malah TERAMAT BERSYUKUR diatas kurniaanNya..

cerita sikit kaki sibuk.. dalam dunia ni macam-macam jenis kaki sibuk..
1. ada yang sibuk apa ko dah beli ha? dia pun nak beli gak.. nak ada jugak.. macam nak berlawan pulak dengan kita.. kita langsung tak ada niat nak menunjuk-nunjuk atau nak berlawan-lawan.. malas nak layan orang macam ni,...

2. ada jugak dok sibuk kisah rumahtangga kita.. tak kiralah jiran tetangga ke, sepupu sepapat ke, sedara mara ke, ipar duai ke... RIMASSSSS..... sibuk nak mengatur kehiduapan rumahtangga orang... atas alasan untuk kebaikan, aku tak nampak pun apa kebaikan.. keburukan adalah... rumahtangga sendiri tak nak jaga sibuk jek nak menjaga hal orang..

ni kisah benar.. sepupu sepapat aku jugak lah... masa tu hakimi baru 3 bulan, aku pegi jalan raya rumah dia.. sibuk tanye, "hakimi tak pakai barut ke?" aku ckp, "kadang-kadang pakai, kekadang tidak..." dia cakap lagi "iskhhh... kena pakai, nengok mcm dak abang (anak dia) kita pakaikan barut, perut kadang-kadang jek kembung..., tak macam orang sebelah umah (adik aku duduk situ) ipan asyik nangis jek kembung perut.. tak pakai barutt".. aku diam jek lah sbb yang aku tahu ipan memang kuat nangis.. bukan kembung perut... ni kalau dia baca aku nak bagitahu kat dia.. hakimi TAK PERNAH kembung perut sejak dia lahir sampai la ni.. beberapa hari je lagi setahun.. NEVER.. NEVER.. NEVER...

sambung lagi ni... sombong ke ha macam ni? memang dah ditakdir kan mommykimi jodoh ngan daddykimi tu.. lebih kurang same jek, so tak susah sangat nak sesuaikan diri. Yelah, masa kawan kan lain perangai, bila dah kahwen... tu dia... baru tahu perangai sebenarnya.. BTW kami masa kawan memang tunjuk perangai sebenar so tak lah tekezut macam mana terkezutnya adik aku selepas kawen ngan matlang.. hahahaha... nak2 lagi mak bapak mommykimi. pengajaran, jgn percaya org berlagak baik sebelum kawen.. hehehe.. lari topik jap..

macam ni... kami ni agaknya couple pelik, kawan mommykimi cakap lah... kami tak berapa suka orang datang rumah.. bukan tak bule datang, bule.. tapi bagutahu awal so kami boleh lah booked restoran mana, kedai mana.. so jumpa kat sana jer lah kan.. hehehe.. kenapa? ermmm kena tanya daddykimi... mintak daddykimi bagitahu sebab kenapa.. satu sebab orang2 esp sedara mara ni kalau datang nak nengok rumah ada apa... komen ni komen tu... tu yang rimas.. lagi satu kami pun tak suka g berjalan atau bertandang rumah sedara mara ke, kawan-kawan ke... alah kat kolumpo banyak shopping complex.. jumpa kat situ jerk.. mudah... hahaha.. somboong ke???

No comments: