Pages

Tuesday, August 12, 2008

Menyusukan Bayi, bersedia kah anda?

sehingga hari ni... kurang beberapa hari lagi genap setahun momykimi dapat mengekalkan menyusukan hakimi.. ramai rakan-rakan yang bertanyakan hal ini.. yang bekerja susah sikitlah nak bagitahu sbb mommykimi sendiri berkorban berhenti kerja untuk menyusukan hakimi dan menjaga serta membesarkan hakimi.. ini pun asalnya atas cadangan daddykimi..

The Baby Book, banyak membantu memahami secara teori dan praktikal bagaimana menyiapkan diri untuk menyusukan bayi bermula lahir sehingga kini.. antara yang boleh dikongsi... pengalaman dan pembacaan..

Antara yang mempengaruhi penghasilan susu ibu adalah seperti posisi semasa menyusukan bayi serta ketepatan semasa bayi menghisap susu. Posisi yang salah serta ketidak tepatan bayi menyedut akan menyebabkan susu kurang dihasilkan serta akan memberikan ketidak selesaan kepada ibu kerana luka pada puting. oleh itu adalah penting memastikan posisi yang betul dan ketepatan menghisap oleh bayi anda. Mungkin yang baru menjadi ibu akan mengambil masa beberapa hari untuk menyelesaikan masalah ini. Mommykimi sendiri hampir seminggu baru dapat menyesuaikan diri.

Jika dirujuk di dalam buku The Baby Book, terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian..
1. Pastikan persekitaran terutama orang mempunyai pemikiran yang positif. Dengan ini dapat membantu ibu untuk terus berfikiran positif. Elakkan dari mereka yang berfikiran negatif kerana menyusukan bayi berkaitan dengan soal kepercayaan dan akan mempengaruhi psikologi ibu. Elakkan dari berfikir "Boleh ke hendak menyusukan bayi hingga 2 tahun?"

2. Menyusukan bayi ditempat tidur, kerana apabila kita menyusukan bayi sambil memeluknya akan mendekatkan ibu dan anak. Penyusuan sambil berbaring (siang dan malam) ini dapat memberikan ransangan yang kuat untuk penghasilan lebih banyak susu kerana hormon akan dirangsangkan dengan baik semasa anda tidur.

** akan disambung semula....

No comments: