Pages

Friday, August 28, 2009

Selamat Menempuh Peperiksaan

Semua student DE5 dan DSK5, selamat menempuh 1st test next week... soalan tu senang-senang je... so harap boleh jawap dengan cemerlang... all the best

Wednesday, August 19, 2009

mari mari.. kita beraya bersama

projek yang ditunggu telah tiba... percubaan pertama... sila ke www.rentaprevolusi.com .. ada kek kecik, ada kek senuet... ada crocs... mari-mari... kalau beli banyak, ada diskaun... jangan susah.. jangan risau...

Sunday, August 16, 2009

Happy Birthday Daddy




Selamat Ulangtahun kepada daddy... semoga kita sekeluraga sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat olehNya.. semoga panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki...

luv.. mommy n kimi

Thursday, August 13, 2009

terkenang kisah lalu


(kiri baris 1 - hadapan sekali) norhayati, marlinawati, roslinda, cikgu aziz, norrizal ngatikun, baleign agil, david oh boon tat,
(dari kiri - baris 2) rozita, suhana, rosmarynda, norfaiza, intan suraya, rizan, rosliza, azliza, *****, marshita
(dari kiri - baris 3) *****, ****, *****, sabarina, rosniza, harlina, intan zahra kusina, mas adha, norsyarina,*****, izam zamzuri
(dari kiri baris 4) vijayan, asmar, *****, mohd rizal, mohsin, ****, ****, safrol adli, shahrul asmadi, shahril, munir, basyirun, nasri

gambar diatas adalah gambar darjah 6Merah, tahun 1987... opsss.. lama dah tu, more than 20 years... sekolah kebangsaan pengkalan tentera darat, sg besi, kuala lumpur.. cikgu kelas: cikgu abdul aziz said... ketua darjah... lupa... so kalau anda tergolong didalam gambar di atas.. sudi2 lah memunculkan diri anda.... yang tanda *****, maaf bebanyak, tak ingat nama... mintak ampun mintak maap....

Special Project...

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu... InsyaAllah special project dari kami... Asmar.. kau dah janji dengan aku kan kan kan.. jangan lupa tu.. hahahaha...

Tuesday, August 11, 2009

counting...

we are counting... mengira hari lahir hakimi yang ke dua.. dalam mommy sibuk dengan nak ganti kelas dan student nak periksa, sempat lagi buat preparation ala kadar.. mommy dah order cuppies thomas dan barney untuk kimi... dan juga kek gambar thomas and friends...

dah besar anak mommy dan daddy.. makin bijak.. makin banyak akal dia.. semalam, masa atuk tido, dia buat projek baik punya.. tampal muka atuk dengan sticker barney dan sticker thomas... hari ni pulak, nengok mommy dah siap2 nak pergi mengajar, dia dah standby kat tepi kereta.. dah siap pakai kasut, bawak beg spongebob dia n siap pakai topi.. cuma kurang tak de botol air jerk... tergelak dibuatnya...

cd dah pandai pasang sendiri... ape lagi... agaknya demam hari tu nak dapat perangai baru lah kot... hakimi hakimi... segalanya bagi mommy dan daddy.. penyeri hidup kami.. pengikat kasih sayang kami... semoga Allah sentisa memelihara keluarga kita... semoga Allah sentiasa memberkati kita sekeluarga.. InsyaAllah

Tuesday, August 4, 2009

Pujian Vs. Galakan

Pujian vs Galakan

Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dengan betul dan berpada-pada. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yang anda berikan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita itu ada keburukannya? Ya, pujian ada keburukannya jika tidak digunakan dengan betul. Memang pujian itu merupakan satu cara yang agak berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang tetapi terdapat satu lagi strategi yang lebih berkesan.

Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah berkata, “…seorang kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air”. Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara kanak-kanak itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan. Kedua-dua teknik ini boleh:

i. Membina harga diri

ii. Meningkatkan rasa bangga

iii. Menggalakkan kerjasama

iv. Membina perhubungan yang positif

v. Membantu kanak-kanak semasa mereka menghadapi kesukaran dan masalah

Bagaimanapun, jika anda kaji betul-betul, sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:

1. Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:

Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!

Galakan pula ialah satu hadiah:

Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih untuk peperiksaan kali ini!

2. Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi:

Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!

Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita mengambil berat:

Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya tadi.

3. Pujian menggalakkan pertandingan:

Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!

Galakan menggalakkan kerjasama:

Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.

4. Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:

Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:

Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak.

5. Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa:

Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa bangga dengan Hafiz.

Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:

Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri Syakirin.

6. Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:

Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputus-an cemerlang dalam peperiksaan.

Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaan:

Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!

Daripada penerangan-penerang an di atas, anda boleh lihat bahawa puji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!

Topik ini dapat mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih gigih dalam memahirkan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi yang lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia yang tersohor, Dale Carnegie, dalam buku beliau “How to Win Friends and Influence People”. Lihat dalam cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan dengan efektif:

Strategi ini saya pelajari daripada John William, yang merupakan Pengerusi di syarikat tempat saya bekerja dahulu. John merupakan seorang ahli korporat yang hebat dan amat berbakat. ‘Kemahiran manusia’ beliau amat menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yang me-ngenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau berinteraksi dengan orang lain.

Bila-bila sahaja setiausaha saya memberitahu bahawa John sedang di talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dengan beliau. Suatu hari, saya cuba menganalisa sebab-sebab penggilan beliau cukup menyeronokkan saya. Selepas membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, “Minit mesyuarat yang awak buat itu cukup hebat.” Beliau juga sering memberi galakan kepada saya, “Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan persahabatan bola sepak syarikat kita semalam. Bagus kerana awak sudi meluangkan masa awak untuk datang memberikan sokongan.”

Tetapi apa yang lebih penting ialah John sering menunjukkan minat beliau terhadap diri, keluarga, aktiviti-aktiviti dan juga kehidupan saya. Beliau sering menunjukkan minat kepada saya sebagai seorang insan dan bukan sekadar pekerja beliau. Apabila John menelefon saya, beliau sudah tentu ingin bertanyakan urusan syarikat tetapi beliau akan memulakan perbualan beliau dengan bertanyakan anak-anak, isteri atau aktiviti-aktiviti saya. Beliau menunjukkan minat terhadap diri saya dan saya amat menyukainya.

Apabila saya menyedari akan kuasa minat ini, saya mula menggunakannya untuk membina dan mengekalkan perhubungan dengan kanak-kanak dan pekerja-pekerja saya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari saya bertembung dengan seorang pekerja muda di pejabat dan kami mula berbual. Dengan mengambil iktibar daripada sikap John, saya tidak memberi pujian atau galakan kepada beliau. Sebaliknya, saya menunjukkan minat yang ikhlas terhadap diri beliau. “Saya nampak awak baru beli kereta ya, David. Cantik warna kereta awak tu. Di mana awak beli kereta tu?” Muka pekerja muda itu kelihatan teruja! Pengurus Besar syarikat beliau menyedari kereta baru beliau dan mengambil masa untuk memberitahu beliau! Perbualan yang ringkas itu lebih bermakna kepada beliau daripada sebarang pujian dan galakan.

Pengajaran daripada cerita ini, anda sebagai ibu bapa dan pendidik boleh memberikan hadiah menakjubkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika anak anda pulang dengan hasil lukisan yang dilukis oleh mereka di sekolah, anda mungkin boleh meluahkan perasaan anda,Wah! Menariknya lukisan adik ni. Adik baru belajar di sekolah ke? ataupun jika di sekolah, anda boleh menunjukkan minat anda dengan seseorang pelajar dengan berkata,Cikgu dapat tahu bapa awak seorang anggota polis. Awak tahu tak datuk saya dulu pun seorang anggota polis?” Cuba tunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan dan aktiviti-aktiviti anak-anak dan pelajar-pelajar anda.

Artikel di atas dipetik daripada buku Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda terbitan Perintis Books Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.books.perintis. com.my atau hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Monday, August 3, 2009

sekejap jerk ???

sekejap je dah nak cukup seminggu kolej tutup.. apa yg di buat ek? ermm... notes bebudak tak habis buat.. tapi buat lah.. soalan, cuma tinggal buss information system belum buat... develop system, dah siap dah... muhahaha.. kira byk gak lah dah dibuat...

hari ni nak pulun kemas rumah, mop lantai.. adusss.. jgn kimi meragam sudah... semalam pg melaka dgn busu ani.. memula memang tak nak bawak kimi. kesian pulak... tak nak bawak bukan apa.. melaka sekarang ni hebat kes h1n1 dia.... akhirnya bawak jugak... hopefully semuanya ok...