Pages

Wednesday, September 30, 2009

Alhamdulillah

bersyukur keatas nikmatNya kerana masih dipanjangkan umur... Alhamdulillah, bangun pagi dengan hati yang lebih tenang dan fikiran tidak serabut..

tq pd hubby tersayang sebab ajar zikir tu.. ni ajar masa mengandung hakimi dulu..

Tuesday, September 29, 2009

Semakin Hampir

Semakin hampir ke penghujung semester.. semakin rasa sayang kepada students walaupun kdg2 menyirap darah dibuatnya.. setiap pertemuan ada perpisahan.. hakikat kehidupan.. so my studentssss... dsk05 & de05, tak lama lagi 2nd test... persiapkan diri anda...

dari sehari ke sehari.. semakin banyak dugaan dan semakin mencabar dugaan yang harus ku tempuh... bersabarlah wahai hati.. redha dengan apa yang diuji olehNya.. bersyukur dengan dugaan demi dugaan ini.. tenang menghadapi dugaan ini.. itulah yang ku titipkan setiap kali selepas solat.. semoga aku terus tenang menempuh dugaan yang aku sendiri tak pernah terfikir... supaya Allah sentiasa memberikan aku kesabaran demi kesabaran...

aku yakin setiap kejadian tu ada hikmah yang tersembunyi.. itu yang selalu aku bagitahu suami ku.. kita anggap apa yang berlaku akan membawa kebaikan untuk kita.. tak kat dunia, kat akhirat... so kita kena sabar.. memang menyakitkan menjadi seorang yang penyabar.. tapi aku pasti hasilnya, amatlah nikmatnya.. tak dapat digambarkan.. InsyaAllah

aku kena yakin bahawa Allah tidak akan turunkan dugaan itu jika hambaNya tidak mampu menempuhinya.. tetapi dugaan kali ini memang terlalu berat untuk ku pikul.. hati ku merintih, meronta... tak tahu nak cakap macam mana...

terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan semangat.. InsyaALlah semunya akan berakhir dengan baik...

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut aidilfitri kepada semua.. tahun ni giliran beraya di melaka... tak byk gambar ambik sbb agak sibuk.. cuma gambar kimi je.. tu pun makcik2 dia yg melayan...

raya biasanya budak2 lah yang meriah.. tahun ni kimi cuma dapat 3 psg baju melayu.. 2 daddy beli, 1 nenek beli... then 2 seluar je yg mommy & daddy berkenan.. lain2 t-shirt dgn kemeja...

mommy dgn daddy je tak ade baju raye.. mommy ada satu je baju untuk pagi raye.. tahun ni mommy tak nak baju raya sbb mommy nak benda lain dan benda lain... daddy kata OK... tunggu kan je apa benda nyer.. bila dah dapat leh tayang.. muhahaha... setahun sekali.. opss.. beberapa tahun sekali bukan selalu kan daddy...













Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Dr. Students

lama tak buat entry.. malas, sibuk marking paper students, busy prepare nak mengajar, and busy jaga hakimi yang makin lasak.. selagi dia tak tido, selagi tu lah tak boleh nak mengadap dan fokus pada benda lain. my my hakimi.. letih mommy.. tapi menghiburkan dan penenang jiwa...

cerita pasal kad raya.. banyak tahun lah tak ada kad raya diterima.. fizikal ok... dulu setiap tahun AIDA tak akan lupa hantar kad raya termasuklah vendorssssssssss... so sejak dah kahwen.. dah tak kerja, tak de dah kad raya.. mcm mana org nak bagi, kita pun tak bagi.. hahaha..

tapi tahun ni rasa terharu... students bagi kad raya.. hehehe.. tq DE5.. walaupun u all nakal... kuat menjawap bila saya berleter, tapi u all baik sebenarnya.. cuma degil sikit jerk.. so sape2 nak duit raya, silalah datang rumah saya ok.. kat kelas tak boleh bagi duit raye.. kat kelas bagi ilmu jerk.. hehehe.. siti zubaidah.. ni special saya dedicate pada awak... jgn tak datang rumah saya tau.. pakai BAJU KURUNG!!!! baru saya bagi duit raya..

DE5 dan DSK5.. break seminggu ni jangan lupa siapkan keje yang saya bg esp DE5, saya dah extend tarikh hantar assignment, so my expectation more higher ok...

selamat hari raya semua.. jangan lupa balik semula ke kolej.. isnin saya dah buat kelas. tak ada tapi2 lagi ok..

Saturday, September 5, 2009

Hati ini

entahlah... tak boleh nengok.. nengok mesti darah menyirap.. tak tahu kenapa.. Ya Allah berikan lah aku ketenangan dan hindarilah aku dari rasa syak wasangka.. biarlah hati ku ini sentiasa bersangka baik... berikanlah aku kesabaran dan ketenangan.. ameen