Pages

Wednesday, November 26, 2008

kimi tolong opah

ni aktiviti wajib kimi.. tak kira kat rumah mak atau opah.. penat mommy tolong kemas balik.. iskhhh..


Tuesday, November 25, 2008

kimi balek tepen

kimi balik kampung daddy.. lagipun daddy ada keja kat ipoh so kami ikut balik kampung sekalin dah sebulan tak balik tepen... ermm.. raya haji nanti tak raya tepen raya kat melaka InsyaAllah..


kat r&r tapah.. kimi tak nak turun.. nak main dalam kereta


letih.. jauh lagi ke daddy?


belum sampai lagi eh mommy ?


lapar.. kite makan dulu.. mana daddy di...


kimi nak lagi...

seperti biasa, bila balik kampung mesti paksu ajak pergi penang.. tapi kali ni tak sempat pegi berenang kat tanjung bungah sbb hari macam nak hujan.. lagi pun pegi nengok tok anjang kat hospital besar pulau pinang.. tok anjang sakit kanser, semoga akan cepat sembuh dengan izinNya..


keletihan lepas balik dari penang..


penat berjalan2 di spital..




Wednesday, November 19, 2008

Nasi Daging

sejak jadi fulltime housewife ni, rajin plak nak cuba resepi baru yang agak2 orang kat rumah ni suka makan.. so sempena hubby ada kat rumah, saya masak lagi seklai nasi daging.. ni kiranya kali kedua saya masak... sedap... hehehe perasan sendirik... tapi hubby makan banyak.. bila tanya dia kata, i lapar.. means sedap lah tu... hahaha..

actully resepi ambil kat www.myresepi.com.. dan ubah sikit2 jerk... resepi dia...
(copy & paste jek)

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi (saya pakai beras biasa je)
  • 1/2 kilo daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma (2 sudu - 1 sudu untuk nasi dan 1 sudu lagi rebus daging)
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit garam
saya tambah bahan ini
  • 1 biji bawang besar (di mayang)
  • 3 ulas bawang putih (di mayang)
  • 1 sudu butter (utk menumis)
  • 1 sudu minyak sapi (utk menumis)

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.(saya pakai pressure cooker, so sekejap jek)
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Panaskan periuk dan cairkan butter dan minyak sapi
  5. Tumis halia, bawang besar dan bawang putih serta rempah kurma kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  6. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  7. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  8. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  9. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
  10. Sedap juga dihihang bersama acar darat....
Gambar tak de sbb lupa nak ambik tadik....

Saturday, November 15, 2008

All About Potty Training

hari ni berazam nak kumpulkan info pasal Potty Training... so kita share sesame... but before we start the training... pls answer this quiz... is it your baby ready to start potty training.... here the quiz

  1. Ratuhati
  2. Babyz n Mom - good info
  3. Early-Start Potty Training
  4. Potty Training
  5. Toilet Training - Practical Guide
  6. Potty Training - How to get the job done
ermm... walaupun 6, puas jugak nak membaca kan... so bila dah habis baca senarai akan ditambah dan InsyaAllah akan buat sinopsis dari pembacaan dan pemahaman saya....

Tukar Cat

6 hari tak update blog.. actually banyak gak cerita tapi tak ada kesempatan nak update.. niat dihati nak cari template macam kat blog suzi.. tapi tak tahu url dia.. korek2 kat blog suzi, tak jumpa plak...

to suzi... kalau singgah sini jgn lupa tinggal kan url dia ekss...

so sweet.. our sweet heart dah pandai ajuk apa kita cakap.. so dah start ajar dia cakap lah.. mula perasan bila dia mintak buah.. dia tunjuk buah belimbing besi a.k.a gemola (org melaka cakap) then dia sebut buah... so lepas tu test a few words.. dia ikut... ada pelat skett... alamak ikut mommy lah tu.... iskhhh.... jangan gagap ikut atuk sudah.. hehehe...

dah ajar dia cakap bila nak buang air besar dan kecik.. so dah bertekat dan berazam... hehehe.. nak ajar pelan2 dia potty.. potty pun dah beli dah.. so kalau ada tips, tolonglah perturunkan pada hamba ini mcm mana nak ajar wee-wee dengan berkesan..

sepatutnya daddy balik hari ni... tapi tak jadi.. ada keje yang belom selesai.. kalau ikut plan daddy, next week dlm tengah minggu we all akan ke ipoh sbb ada program kat sana... to daddy, mommy dah siap tempah baju ni... hihihihi.. padahal baju raya hari tu ada yang belum pakai pun yer.. masih elok tergantung... cuma kimi je belum bali baju utk function daddy tu. tapi tak yah beli kot sbb ada lagi 3 pasang baju raya yang baru sekali je pakai, so pakai yang ada je lah.. kimi pun dah banyak baju..

Sunday, November 2, 2008

Carrot Cake


pertama kali cuba resepi yang diambil dari reader digest...

1 1/2 cups all-purpose flour
1 ts baking powder
1 ts ground cinnamon
1 ts ground nutmeg
1/4 ts salt
1/2 ts baking soda
3/4 cup butter (1 1/2 sticks)
1 1/2 cups granulated sugar
3 large eggs
2 cups firmly packed grated carrots
3/4 cup walnuts coarsely chopped


Orange Cream Cheese Frosting
3 oz cream cheese
1 ts grated orange zest
2 cups confectioners sugar
1 ts fresh orange juice

** beat the cream cheese and orange zest in a medium bowl. Beat in the confectioners sugar and orange juice - spread the top of the cake

Sift flour, baking powder, cinnamon, nutmeg, baking soda and salt into a large bowl. beat the butter and sugar in large bowl. Add eggs, one at time, until just blended after each addition. With mixer at low speed, gradually beat in the carrots, walnut and dry ingredients Bake for 40-50 mins.

sabtu yang seronok dan letih

semalam outing dengan acu ngan abang kimi... pergi JJ sbb nak cari mak punya handbag dengan atuk punya seluar... meletihkan sebab bukan penat bershopping, penat sebab ikut hakimi berjalan... bukan nak pegang.. nak lepas macam tu jek... ingat nak beli baju tapi tak dapat sbb hakimi asyik merayap jek.. duduk dlm kete tu pun kejap jek.. nak jerit nak keluar nak tolak trolly pulak.. iskhhh... geram di buatnya... at last cuma dapat beli sandal jek....

lepas tu pg makan kat tesco melaka pulak... lepas dah kenyang, hakimi buat perangai pulak dah... dia nak main tolak kerusi. ikshh... buat perangai pulak dah.... cecepat makan dan bayar, bawak keluar.. dia punya menjerit dan meraung.. tak hengattt...

masuk tesco kejap sbb nak beli barang kek.. malam plan nak buat carrot cake dengan makngah... nak bagi kimi dan irfan senyap belikan air milo dan bg dia orang minum ke main ke.. ikut suka... janji duduk diam dalam trolly... hasilnya dedua comot macam tak de mak...

masuk je kerete. dedua pengsang.. hakimi masuk je dah mintak susu... minum dua-tiga teguk terus tertido... dengan baju comot dedua dah tertido.. tu dia letih berjalan dan marayau kat JJ lah tu... aman sket dalam kereta..

sampai masjid tanah, ajak maksu cari basikal untuk hakimi... so tak nak bagi bergaduh dengan irfan beli basikal yang boleh naik dua orang... hasilnya sampai ke malam dedua tak tido sibuk main basikal... haru gak.. tapi ok lah dia orangtak gaduh berebut basikal... irfan bawak kimi naik belakang....