Pages

Friday, May 29, 2009

Seronok... Seronok

Alhamdulillah... hari ni rasa seronok sangat sbb jumpa balik kawan-kawan lama.. yang dah lebih dari 20thn tak jumpa.. rakan-rakan sepermaianan dulu... kawan-kawan yang same2 main kat pantai, main lompat getah, main kejar2.. dan macam-macam... arr satu lagi cari umang-umang... hehehe,, sampai kene sepit kat bibir.... sekarang semua dah berubah memasang dah dewasa dah sibuk dgn urusan sendiri dan keluarga...

Wednesday, May 27, 2009

Happy Anniversary

Selamat Ulangtahun perkahwinan pada suami tersayang.. semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.. semoga dimurahkan lagi rezeki dan kelapangan serta dipermudahkan segala urusan kita.. Semoga kasih sayang kita bertambah utuh, InsyaAllah... 

Tuesday, May 26, 2009

Doa Untuk Anak-Anak

actually email ni dapat dari Sis Dina... last week kot.. saje nak share dengan kawan2..

I came across this bila baca Berita Harian today. Just to share with all of you so that we can make our later generation becoming better persons. InsyaAllah.

1. Doa untuk memohon rahmat - Surah Ali Imran ayat 8-9
2. Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali-Imran ayat 38
3. Doa supaya anak kerjakan solat - Surah Ibrahim ayat 40 - 41
4. Doa supaya anak taat kepada Allah - Surah Al Baqarahayat 128
5. Doa diberi zuriat yang menyejuk mata memandang - Surah Al Furqan ayat 74
6. Doa supaya anak pandai belajar - Surah Al Anbiya ayat 79
7. Doa anak lembut hati - Surah Al Anbiya ayat 69 dan Al Hasyar ayat 22-24
8. Doa anak rajin sekolah - Surah Taha ayat 1-5

Do not forget your parents as they are the reasons you are here in this world. 

Hadih Riwayat Muslim "Rasulullah bersadba, Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tida iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain dan anak yang mendoakannya"

Doa kepada Ibubapa
1. Surah Ibrahim ayat 4
2. Surah AlIsraa' ayat 24

Wallahu'alam
 
Dina

Saturday, May 9, 2009

Daging Dendeng

hari ni kena masak sbb mak ada marhaban.. so tak tahu nak masak apa.. surf internet and jumpa resepi daging dendeng.. simple.. kena cari lauk2 yang simple sbb kena masak cepat sementara kimi tido... kalu idak haru... 

credit to myresepi... resepi dari erna... lama dah posting tu 2006.. huhuhu.. tq very much



DAGING DENDENG (cut n paste)

Bahan-bahan ( 4 orang )

500gm daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
garam secukupnya
****Bahan A (dikisar)*****
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
sedikit halia
Cara-cara

Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

p/s: see daddy, mommy dah pandai n rajin memasak sekarang.. hehehe

Tuesday, May 5, 2009

Stress




dedulu masa keje selalu gak stress.. stress sebab keje tak siap lagi, due date dah dekat.. stress dgn boss yang suka sangat mengarah dan arahan tak reasonable langsung...

bila dah tak keje... kekadang stress jugak.. esp bila nengok rumah berlambak lepas kita kemas.. mainan kimi bersepah2.. mahu tak berasap... hehehe.. sabo.. sabo

seminggu ni.. a few problems came out.. dan menyebabkan mommy stress.. daddy pun stress.. but Alhamdulillah we managed menghadapinya dengan tenang.. semua yang berlaku ada hikmahNya..

semua dugaan yang diturunkan ada rahsia dan hanya Dia yang mengetahu disebaliknya.. semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita semua... Ameen...

Friday, May 1, 2009

Semoga kita sentiasa tenang InsyaAllah

sesapa yg runsing dgn bebanan 1001 masalah dunia,sila amal surah al insyirah nie 7x tiap2 lps solat..

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ (١) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ (٢) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ (٣) وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦) فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨) 

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).