Pages

Sunday, January 25, 2009

minggu-minggu yang agak sibuk

lama jugak tak update blog... bukan malas, tapi penat.. cewahhh... cuti-cuti malaysia... memula balik ke taiping, ambik opah, tok yah dan paksu. then kami meneruskan perjalanan ke kelantan.. lalu gerik.... singgah rantau panjang rumah kak ani (sedara tokyah).. lepas tu beli barang sikit lebey kurang.. then terus ke pengkalan kubur... lalu tumpat.. ada 3 tempat air bah belum surut tapi kereta still boleh lalu.. daddy redah jerk... tuhan je yang tahu mcm mana perasaan.. sebabnya air deras dan air sama parak dengan sungai golok... Alhamdulillah kami selamat sampai ke pengkalan kubur and sempat shopping.. ada sejam je sebelum tutup...

lepas tu kami terusssssssssss menuju ke kuala terengganu... ramai sedara dan kekawan ingat pg kempen.. mane adeee... gi jenjalan... singgah beli keropok then terus ke paka rumah atak (kakak hubby yang sulung). sampai rumah atak dah nak dekat 10 mlm... satu perjalanan yang panjang, 12 jam gitu... semua tertido keletihan...

duduk di paka 4 hari 3 malam then kami balik semula ke taiping... masa di terengganu jalan2 jugaklah.. cuci2 mata.. barang2 agak mahal sebab tengah kempen untuk pilihanraya kecik kuala terengganu... banyak beli barang kimi dari barang mommy n daddy...

on the way balik ke taiping dapat call dari taiping, mak long meninggal... maklong hubby... so kire cancel lah nak balik melaka ke esokkan hari....

.. sambung esok.. mata dah mengantuk...

Sunday, January 4, 2009

Suatu hari pada 5-Jan-06

3 tahun dah berlaku.. tapi rasa macam baru semalam je berlaku... actually tak ada apa yang dikesal atau yang terkilan sebab semuanya ketentuan dariNya... tak semua akan merasa dugaan itu.. kalau tidak tabah, Tuhan tidak akan menduga kami dengan dugaan tersebut...

itu adalah saham kami di akhirat, InsyaAllah... kami bersyukur seadanya... Muhammah Eeman Hakimi, lahir pada 5-Januari-06 jam 7.15 pagi dan kembali kepadaNya pada hari yang sama jam 1.45 petang.. kerana lahir tidak cukup bulan.. baru nak masuk 6 bulan masa tu... kami redha apa yang berlaku....