Pages

Wednesday, July 29, 2009

hakimi... belajar dari siapa?

kadang-kadang nak tergelak nengok gelagat hakimi.. hari ni semua orang sibuk sapu rumput kat lama, dia pun same sibuk nak tolong menyapu... lepas dah dapat bawak dia masuk rumah, sorok kan seliper dia sebelah.. so semua seliper dia tinggal sebelah jek (ada 3 pasang)... bising nak keluar.. then mommy bukak pintu.. lepas tu bising lagi.. keluar masuk.. tanye mami.. kasut? dia cari sebelah lagi.. buat tak paham jerk.. dah petang sangat dan takut kena gigit nyamuk... lagi pun abah tengah bakar rumput.. cannot.. cannot...

mundar mandir.. ermmm tetiba nengok dia dah keluar... rerupanya dia mix and match seliper dia... sebelah lain sebelah lain... lerrr.. sape ajar ni? hehehe.. tak penah pulak org dlm rumah ni pakai sebegitu rupe...

hakimi hakimi... geleng kepala kami semua nengok dia.. at least kejadian petang tadi membuktikan dia dah start menggunakan akal fikiran... and one more thing.. hakimi dah pandai mengira sampai 4..

Monday, July 27, 2009

H1N1 menyerangggg...

hari ni pergi kelas awal sikit sbb nak ganti database programming.. kelas buat kat library jerk.. bagi bebudak ni buat tutorial... lepas dah habis kelas, pergi jabatan pengurusan perniagaan... masa kat library tadi dah dengar bising2 pasal h1n1 ni... kat jabatan pun mcm tu gak.. ada taklimat lagi dgn MOH..

so keputusannya, budak2 cuti smapai 4/ogos.. so meansss.. tak de kelas... waaaaaaaaaaaaaa ;-( parah nak ganti kelas nanti... bebudak meman seronok, dia tak tahu betapa kita ni nak kena kejar silibus.. iskhh iskhh iskhh

Friday, July 24, 2009

cracking my head...

errmmmm.. rasa mcm nak pecah kepala membuat coding hari ni.. iskhhh kenapa? satu line jerk ni error.. tapi tak dapat nak trace... arrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

hari yang mencabar...


Hari ini agak mencabar.. sbb dah dua hari buat coding tak betul2 jugak.. dah tu logic error... lagi satu tadi buat kuiz utk kelas internet programming dgn IS.. biasalah bebudak ni...

balik rumah pulak... kimi meragam.. merengek.. menangis.. semua me lah dia hari ni.. nak berdukung jerk.. tidur kan.. dah lena, bila kita bangun nak sambung kerja, dia bangun.. iskhh mana leh tahan nak mengopek jerk.. kalau tak de keje tak ape lah jugak.. ni keje mommy bertimbun.. punyalah sabar.. but lepas maghrib dlm pukul 8 mcm tu, tak bule nak kawal lagi kadar stresssss.... di tambah pulak kimi menangis, menjerit-jerit marah.. nak air, bawak pergi dapur tak nak.. tanya nak air apa, tak nak cakap.. buat air milo tak nak, marah... menangis.. menjerit... rasa nak menjerit sama dengan dia.. dah tak tahan sangat menyorok dalam bilik air, menangis.. muhahahha... kimi terlolong2 kat luar.. nasib akin dengan abid ada tolong pujuk tapi tak jalan.. last2 tepon mak suruh balik.. mak dengan abah pergi masjid... then ani datang.. ani datang kimi pun diam.. ntah ape angin dia 2-3 hari ni.. maybe mommy busy sangat kot.. nak buat mcm mana.. mommy busy kronik.. tidor pun 2 jam je sehari...

Tuesday, July 21, 2009

Salin Kulit

alamak... bunyik macam ular jerk.. salin kulit.. muhahaha...

tengahari tadi sebelum masuk kelas database programming, tolong acu ani tampal skin baru kat blog dia.. so kita pun sama teruja.. lepas kelas dan sampai kat rumah, terus ganti skin baru.. baju baru... hehehe

acu ani.. jgn jeles yerkk...

Monday, July 20, 2009

Teknik Ransangan Bayi / Anak

50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

Saya dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua. Saya teruja nak cuba tip #39… tapi kena tunggu anak-anak ni besar sikitlah. Kalau nak cuba sekarang, takut pulak orang kata "buang tebiat ke ape ke, dok bagi anak main hujan!". Teringat masa kecik-kecik dulu main hujan dengan abang dan adik… Hemmm… heaven!

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!

Sunday, July 19, 2009

sembang hakimi lagi

acu: kimi, mommy pergi keja kimi tinggal dengan sape?
kimi: ngan atuk, mak

kimi sekarang dah boleh terima mommy pergi kerja.. sebelum ni kalau cakap mcm tu marah, tak bagi pergi...

dah besar kimi.. tak lama lagi kimi 2 tahun... ermm... nak plan ape ek??/

Wednesday, July 15, 2009

Tinggal 7 jam pulak

semalam mommy ada kelas dari 12pm - 6pm.. rasanya ni lah paling lama berenggang dengan hakimi.. bimbang jugak.. tapi Alhamdulillah hakimi tak menangis dan meragam bukan-bukan masa tinggal dengan atuk dan mak.. minum milo yang mommy belikan.. semangkuk bubur, nasi, coklat dan lain-lain..

petang bila nampak je kete masuk, menjerit2 panggil mommy.. seronoknya diaaaaa.... sekarang mommy tak risau lagi nak pergi mengajar sebab kimi budak baik.. mommy dengan daddy tak lah susah hati..

Tuesday, July 14, 2009

Hakimi Budak baik

Hakimi budak baik.. walaupun hampir dua tahun 24jam dengan mommy, tak pernah kena tinggal atau berenggang.. tapi hari ni mommy kena tinggalkan kimi kejap sebab mommy ada kelas dari jam 1230 - 4 ptg... Alhamdulillah, hakimi tak meragam.. elok je main dengan atok, dengan mak.. tak ingat pun nak 'tik'.. mommy dah beli stok memacam incase tak nak apa yang ada kat rumah.. ada fresh milk, ada milo, ada ice cream, ada biskut, coklat, buah... ape lagi... tapi sampai mommy balik, kimi tak nak tido.. ajak atuk tido tapi tak boleh lelap kot mata sbb tak dapat 'tik'.. bila nampak mommy je, tak bagi peluang... macam kemaruk.. hehehe.. ermm.. awak tu tinggal sebulan lebih je nak menyusu dgn mommy.. kena lah belajar...

macamanapun kimi dah faham mommy kena pergi kerja.. walaupun kekadang nampak kimi macam merajuk sbb mommy sibuk sikit prepare notes untuk students.. tapi mommy masih lagi meluangkan masa yang banyak main dengan kimi, peluk2 kimi.. cium2 kimi.. buli2 kimi...

apapun... kimi dan daddy keutamaan mommy.. mommy love both of u...

Untuk Dikongsi Bersama

Saja nak share dengan kawan-kawan.. terjumpa masa bukak portable hard disk... daddy yang save kot...

Monday, July 13, 2009

satu harapan satu matlamat

hari ni bermulanya satu episod baru..
semoga semunya berjalan lancar..
semoga ianya menjadi titik tolak
kejayaan yang baru dalam hidup ini..

Tuesday, July 7, 2009

Sembang-Sembang

macam tak percaya pulak, hero ku yang kecik ni dah bule bawak bersembang... pagi tadi masa pakai kan baju atuk dia tanye..

atuk: kimi, mommy pergi kerje kimi tinggal dengan siapa?
kimi: mommy
atuk: mana boleh ikut mommy.. mommy pergi kerja.. kimi tinggal dengan atuk , dengan mak.. ok?
kimi: angan (jangan).. nak mommy..
atuk: mana boleh.. mommy kerja, kimi tinggal dengan atuk..
kimi.. angan (jangan).. daddy gi je (pergi keje)

muhahaha.. sejak lahir sampai sekarang asyik duduk bawak ketiak mommy jek... kena belajar2 lah ek sayang.. selain hakimi dan daddy, mommy ada juga impian dan kepuasan lain untuk diri mommy..

dah siap pakai baju.. ajak atuk pergi jalan.. dah balik, sembang lagi dengan dia..

kimi: mommy nak tik (mintak susu)
mommy: jom.. kimi pergi mana tadi?
kimi: engok aut (nengok laut)
mommy: dalam laut ada apa?
kimi: ada itan (ada ikan)
mommy: ada kapal tak?
kimi: ada
mommy: besar ke kecik kapal tu?
kimi: beca (besar)
kimi: mommy, ubat, akit (sakit)
sambil tunjuk lutut
mommy: jatuh lagi lah ni.. jatuh kat mana?
kimi: ane (sana) sambil tunjuk kat luar...

hehehe.. kelakar jugak kadang-kadang tu...
dah pandai mengadu..

Monday, July 6, 2009

Merapu lagik...

rasa nak merapu hari ni.. hehehe.. melayan hati dan perasaan sekejap..

eidlan hakimi..
permata hati kami..
pengubat rindu kami..
penawar lara kami..
pengikat kasih kami..
penyeri rumahtangga kami..
anugerah yang tak ternilai dariNya..

InsyaAllah
akan kami didik dengan sempurna..
akan kami berikan kasih sayang yang tiada sempadan..
akan kami curahkan segala perhatian..
akan kami bekalkan ilmu dunia dan akhirat..

semoga..
menjadi insan yang cemerlang..
terbentuk hamba Allah yang taat kepadaNya
insan yang sentiasa merendah diri..
insan yang berjaya dalam segala segi..
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

sesungguhnya..
kami bersyukur atas kurniaan Mu Ya Allah..
kami berterima kasih dengan anugerahMu ini..

permudahkan dan berikan kami hidayah serta kekuatan
untuk kami terus mendidik Eidlan Hakimi..


Saturday, July 4, 2009

Meluat Tahap GABAN

tak paham manusia ni..
wa tak jaga hal lu... pasal lu sibuk hal wa??
wa tak penah kacau lu.. pasal lu kacau wa???
wa tak penah amek tahu hal lu.. nak mampos ke nak tonggeng ke.. apa wa pedulik..
masing-masing jaga hal sendirik lah.. masing-masing jaga keluarga sendirik lah..
lu tunggu... bila wa dah dapat bukti, wa keje kan lu sampai ko...
jgn ingat wa diam wa takut.. JAGA LU....