Pages

Tuesday, December 8, 2009

Kimi dan ceritanya lagi...



gambar ni ambik masa kenduri kat sempang... sehari lepas kenduri kawen kami di kg jambu...

petang tadi kimi bawak gambar ni berjalan... then saje sembang2 dgn dia...

mommy: kimi, gambar siapa ni? apa nama orang ni?
kimi: daddy lah mi... nama ahmad (dia pronounce amad)

hihihihi... kenal jugakk dari sisi tepi...

kimi.. kimi..



jeng jeng... ni kepanjangan rambut kimi lepas di sikat.. ambik pagi tadi lepas mandi.. kalau masih basah dan di sikat.. jadi mcm ni lah.. kering jadi kerinting dan kusut balik lah.. huhuhuhu.. nenek dah bising.. rambut dah panjang...

Tuesday, December 1, 2009

kimi.. bersambung

pergi klinik.. masuk bilik doktor... terus doktor suruh buat nebulizer... kimi macam biasa... menangis dan meronta2.. sakit2 tangan di buatnya.. dah le badan sedia dah sakit2 sbb dia semalaman kalau tak dlm buai na berdokong... sambil menangis tu siap cakap, dah.. dah mommy.. kenapa mommy pakai ami ni.. hehehe.. menangis, menangis gak.. bercakap, bercakap jugak...

lepas neb, nampak ok lah.. doktor bagi ubat lagi.. tmabah satu ubat lagi.. doktor pun dah tahu dia susah makan ubat.. yg bestnya.. kimi siap mintak ubat pil dgn doktor.. doktor tergelak dengar.. hehehe.. ape lah kimi ni...

balik rumah.. bagi makan ubat... marah dan menangis... lepas tu tak nak masuk buai.. nak duduk atas pangku.. nenek dgn acu dok pandang dia.. kimi bule sound, kenapa mak pandang ami? hehehe.. sombong

lepas tu nak masuk buaian... so boleh dikatakan seharian kimi tidur atau duduk menung dalam buai.. makan., minum, susu semua tak nak... risau jugak... senyap sunyi rumah hari ni...

lepas maghrib, dia dah start aktif sikit.. tak sampai 1 jam keluar dari buai, dah berlambak rumah... menyusu je.. makan tak moh...

Monday, November 30, 2009

Hari yang panjang

betul ke panjang hari ni? hihihi mana pulak.. sama je..

tapi rasa agak panjang bagi kami.. mula2 tak ada perancangan nak kemanapun.. tetiba tukar ke muar pulak.. ikut busu ani.. kawan busu ani kahwin..

so pergi lah.. but masa on the way nengok kimi macam tak sihat.. duduk baring dan tido.. ermm.. nengok kan je.. acu pun ckp.. kenapa dengan kimi.. tapi bila sampai kat rumah orang kawen, bunyi kompang, kimi rancak balik... ok lah tu.. may be dia bangun awal sangat pagi tadi..

on the way balik.. dia dah start macam nak kene asthma... sampai rumah, bagi makan ubat.. tapi kurang sekejap je...

sepanjang malam kimi merengek.. tido atas tilam, dia tak nak... merengek dan dok cakap kimi batuk, kimi batuk.. so decide masuk dlm buaian.. dalam buaianpun, still kene tunggu sbb dia tak tidur betul.. and maybe dia just selesa je dalam buai tu... so tunggu buai sampai pagi...

sekarang, kimi masih belum ok.. dah siap nak pergi klinik.. tapi kimi tido pulak... and plus demam.. susahnya nak makan ubat... sedih nengok keadaan kimi.. pagi tadi dok panggil daddy..

sabar lah kimi... kita hadapai sama2... semoga kimi cepat baik... susah hati mommy nengok kimi macam ni...

Thursday, November 12, 2009

hakimi smebang lagi..

kimi dah boleh buat kawan sembang dah... hihihihi..

kalau nak tido..
mommy... ogi ami.. bak sini...
(nak froggie dia.. acu yg bagi nama.. bukan apa.. bila tak habis susu, dia suapnya katak tu.. iskk)
mommy.. nak selimut edi
(tido nak pakai selimut daddy.. selimut lain tak moh... bila dah tido, mommy ambik balik.. hihihi)

waktu lain..
kimi sayang siapa?
atok.. mak.. mommy.. acu.. edi.. tok tam.. acim.. ida...

nama atuk apa?
aji non
nama mak?
aja yah
nama mommy?
na
nama daddy?
amat

tu je lah yg dia tahu...

Tuesday, November 3, 2009

tiada tajuk

sedih.. gembira.. sayu.. sedih.. resah.. gelisah.. bahagia.. blurrr...

semoga dapat menempuhi dugaan yang datang dengan hati yang tabah..
demi hakimi, InsyaAllah mommy akan kuat..
semoga Allah melindungi kita..

Monday, October 26, 2009

Weekend yang penuh BERMAKNA dan MENYERONOKAN

Alhamdulillah.. semuanya berjalan seperti yang dirancangkan..

Hari jumaat pagi, kami selamat sampai di Kuala Lumpur.. ikut acu ani.. so kali ni banyak plan.. tujuan utama pergi kl sbb ada interview... interview kejap je.. then pergi ke JJ Equine.. janji nak jumpa nani kat sana.. Nani tu kawan lama.. sama2 dari darjah 1 sampai darjah 5... dah lama sangat tak jumpa.. kalau tak silap, kali terkhir jumpa mungkin masa lepas form 5 kot... masa cerita hangat pasal azmi.. muhahaha.. cerita lama beb... agak lama juga smebang dengan nani kat kfc.. kimi pulak sibuk bermain.. panjat kerusi.. iskhh tak aman dibuatnya nak berbual panjang...

satu kampung tapi tak de kesempatan nak jumpa di kampung.. since nani parents dah tak ada, jarang balik kampung... kalau balik pun sekejap.. so bermulalah menyingkap satu persatu cerita masa sekolah rendah.. termasuk cerita kena belasah dgn cikgu ismayatim kalau salah jawapan matematik dia.. muhahaha... dan lagi.. cerita cinta monyet sana sini yang tidka kesampaian... hahaha.. cerita cikgu2.. yang kebanyakan dah lupa nama termasuk rakan2 sekolah...

tapi dgn nani ni tak boleh lupa sbb dalam kelas ada tiga rosnani.. rosnani md zin, rosnani bahari dengan rosnani ahmad... yang jumpa, rosnani md zin... cuma dgn rosnani ahmad je tak pernah jumpa lagi.. mcm mana agaknya.. makcik ni vouge sket... hehehe...seronok.. seronok.. thanks nani sudi meluangkan masa dan teman aku petang tu..

lepas tu tunggu acu kat JJ.. nak pergi pasar malam Putrajaya.. tak de ape sgt.. tak tahu nak makan apa...

mlm nyah telefon ckp nak bw mak pergi melaka jumpa kimi.. but since kita org dah ada kat sana, janji pagi esok bawak kimi ke tdi jumpa opah kimi... sbb belah tengahari nak jumpa dengan kawan yg tak lama lagi... sama-sama MRSM dulu...

dlm pukul 12.. jumpa kawan MRSM, zila.. satu lagi pertemuan yang amat bermakna... dan tak akan dilupakan seumur hidup.. peristiwa dan kejadian yang terlalu bersejarah... kepada kawan saya.. terima kasih kerana sudi berjumpa dengan kami berdua... dan sudi menghulurkan tangan untuk terus bersahabat dengan kami.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita kan... kesabaran itu penting kerana dugaan yang datang dalam episod hidup kita seakan sama... makan kat Drunken Master.. tempat selalu pg makan dengan daddy dulu... sembang2 borak2.. iskhh tak puas pulak dah. tak pe.. lain kali kita jumpa lagi..

ahad pulak.. habiskan masa pagi sebelum balik dengan daddy.. kimi gembira.. dapat minum dan makan dengan daddy.. kimi gembira sebab dapat main jejongket dengan daddy.. kimi bahagia sbb dapat main buaian dengan gelungsur dengan daddy..

ermm... serba sedikit weekend yang pendek kami di kuala lumpur.. InsyaAllah Jumaat ni kita jumpa lagi Kuala Lumpur... sape lak nak jumpa dgn kami?? angkat tangan.. :-)


Tuesday, October 20, 2009

Kimi oh Kimi

alhamdulillah.. hari ni (19/10) kimi semakin beransur pulih.. dah 24jam tanpa bantuan nebulizer.. mula2 cuma demam biasa.. masuk hari ke dua, nengok lain macam kimi bernafas.. so terus bawak pergi klinik lagi sekali and doktor ckp semput.. kat klinik pulak doktor balik lunch.. dlm tunggu doktor kimi dah menangis dan jerit2, sakit mommy.. sakit mommy sambil tunjuk perut... iskhhh risau..

first attack.. and doktor terus buat nebulizer.. mula2 ok.. dlm 30 saat.. lepas tu dia start menangis dan meronta2.. aduhhh sakit tangan dok pegang tangan, kaki... lepas dah habis.. diam...

bila balik tanye... kakak tu letak ubat mcm mana.. dia tunjuk kat hidung, macam ni.. doktor pulak check kat mana.. dia tunjuk dada dengan telinga... kimi kimi..

petang sikit.. ajak kami pergi jalan.. so bawak dia pergi bandar.. on the way pergi bandar.. kena lagi.. cehhh... puas carik klinik.. dan nafas kimi makin kuat bunyi....klinik pulak banyak yg tutup petang sabtu.. kalau kita tak cari, berderet je nampak... jumpa satu klinik 24jam.. doktor tak de pulak.. kimi makin teruk.. then decide cari klinik lain... dlm nak cari tu.. kimi makin menjerit2 dan pukul2 dada... menangis kami dibuatnya tengok keadaan kimi... akhirnya jumpa dekat2 dgn area bachang. masuk je, terus buat neb. doktor tak check... kali ni, 4 orang yang pegang.. termasuk doktor.. sorrylah kakak nurses dan doktor.. kimi tendang.. muhahaha.. brutal anak ku..

sampai rumah dlm pukul 10mlm.. nengok daddy dah sampai.. nampak je daddy terus aktif.. lompat2.. main basikal bagai.. seronok sangat daddy balik... puas pujuk, jgn aktif sangat.. budak2.. mana nak reti... anak daddy..

dalam pukul 5 am kimi menangis.. iskhh kenapa pulak ni.. semput attack lagi.. tapi kali ni dia siap jerit2.. sakit kepala.. sakit kepala.. ermm.. pujuk punya pujuk.. tak diam jugak... semput makin kuat.. then decide cari klinik lagi.. the nearest 24hrs clinic dlm 20 minit.. sampai2.. doktor tak de jugak.. hampeh betullll.. baik tak yah buat klinik 24jam.. mcm mana.. iskhh... then nekad pergi ke poliklinik KKM.. dlm 5 minit je dari situ.. Alhamdulillah, ada HA yang on call.. free laghik... muhahaha.. lain kali g klinik kerajaan.. 2 kali neb sebelum tu kos dah rm75.. kat klinik kerajaan free sbb hari ahad dia ckp.. kalau ari keje rm1 je pun... kali ni atuk yang pegang waktu neb.. waduhh kimi.. susah lah macam ni...

lepas neb.. mcam biasalah aktif balik.. so seharian still monitor... ptg jadi lagi.. dlm pukul 4 lebih mcm tu.. pagi klinik yg dekat je lah.. rm15... mcm biasa kene pegang jugak...

lepas tu jumpa doktor.. doktor nasihat, kalau mlm jadi.. terus bw pg hospital dan admit... masa jumpa doktor.. bgth doktor, kimi susah nak makan ubat.. dr ckp dgn kimi..

dr F: kimi, ubat kan sedap.. manis.. mcm gula-gula
kimi: tak sedap.. pahit.. (pelat dialah)
dr F: gelak..

pandai menjawap dah... so mlm semalam just berjaga2 takut attack lagi.. Alhamdulillah.. hakimi semakin sembuh.. terima kasih pada kawan2 yang mendoakan.. ini antara ujian yang diturunkan olehNya untuk kami.. kami redha.. Alhamdulillah..

Monday, October 12, 2009

Kimi dan kompang

kimi dan kompang... ada 2 jenis kompang kt rumah.. satu kompang yg biasa, maklong sebelah bagi dia then ada kompang yg budak2 punya.. atuk beli kan..

yg tak tahan.. kalau sampai angen dia.. dia akan suruh kita pukul kompang n dia jalan depan... pusing satu rumah.. yg selalu kena atuk.. muhahahaha.. sampai atuk sorok kompang tu.. mana tahan jalan tanpa henti luar dalam...

kalau pergi rumah orang kawen.. kalau orang tgh berkompang, dia tahan tak makan.. joget ikut kompang tu.. seronok sesangat.. sian anak mommy ye.. jarang dapat nengok org berkompang..

masa along syahrul kawen.. bila kompang jek.. org sibuk tengok pengantin.. dia sibuk joget kat tetengah.. malu.. malu.. org dok gelak2 dan senyum2 nengok dia.. tu malam.. tapi next day tu.. dia tak ada mood.. demam.. so berdukung je dgn mommy ngan daddy ngan atuk.. gilir2.. berat oooooo....

Saturday, October 10, 2009

Kimi eksyen dengan mommy

wahh.. dah pandai eksyen ek dengan mommy... tak per..

semalam balik dari kelas... lama jugak duduk dalam kereta sembang dengan daddy.. pelik, sebab selalunya bila bunyi kereta kimi akan berlari kat pintu.. tepuk2 tangan sambil jerit2... mommy balik... mommy balik... semalam tak ada macam biasa... cakap dengan daddy.. pelik sungguh.. maybe tido kot daddy cakap...

masuk dalam.. aikkk tak de pun dalam buaian... kalau pergi kerja, mmg mak tido kan dalam buai.. supaya dia tido lama sikit.. ermm.. mana pergi budak ni.... nengok dia tengah nengok upin ipin dekat youtube dengan cik akin.. kimi panggil cik akin 'cin'.. singkatan lah tu kot...

buat tak nampak jer... cewahhh.. geram lah ni.. tak pe.. biarkan je lah.. dlm 10 minit baru dia tegur... mommy... sabar je lah budak ni...mentang2 ada cin, tak heran mommy... buat dek ajer.. lama jugak baru dia datang,.. tu pun sebab nak menyusu.. kalau tidak, jangan harap lah...

malam pun tido ajak cin... mandi nak dengan cin.. makan dengan cin.. cebuk dengan cin.. semualah nak cin.. menyusu je dengan mommy... cin tu anak kepada tok itam kimi... memang kimi manja dengan cin dia...

kalau lama cin kat sini, bila cin balik ke sg petani.. menangis jugak lah.. cari cin.. mcm dgn daddy.. lepas daddy balik dlm 5-6 hari tu masih mencari.. cari kat tempat daddys selalu duduk lepak.. cari daddy dalam bilik.. mulut tak berhenti cari daddy..

kimi oh kimi

Friday, October 9, 2009

Kimi mengigau lagi...

kimi.. malam ni tidur tak nak pakai baju dengan seluar... bila dah lena baru pakaikan.. tu pun dia sedar... lepas lena dalam 3 jam.. dia bangun nak menyusu.. tapi menangis dulu.. mengigau rupanya anak mommy.. waktu tu dalam pukul 1am ++... dlm menangis tu, cari daddy rupanya.. tanya mommy, mana daddy, daddy buat apa.. hihihi.. nak tergelak dibuatnya.. jawap je lah.. daddy keje sayang.. nanti bila daddy tak sibuk daddy balik main dengan kimi...

sebelum tido tadi pun tanya juga.. mommy, ane di?.. anak bapak sungguh buah hati mommy ni... takut sangat daddy dia lupa kan dia.. daddy wont forget u lah baby... we love u sayang.. mommy dan daddy tetap sayang kimi.. besar jadi anak yang baik ok.. dengar cakap mommy.. hehehe..

Hati ku tersentuh....

dah lewat pagi.. masih belum tidur? kenapa? gelisah? risau? tidakk... mata belum mampu dipejamkan walaupun rasa mengantuk sesangat... kena bersengkak mata untuk siapkan translation kertas ujian.... hihihi.. tu lah, semalam sibuk dok main mafia war laghik.. padan muka..

tapi hati tersentuh bila nampak pak busu.. pak busu adik mak yang bongsu, berkahwin dan terus menetap dia air lanas, kelantan.. baru-baru ni.. dalam tahun 2007 (akhir) pak busu menghidapi penyakit yang pelik.. dia lupa semua benda... kesian nengok dia..

pak busu adalah seorang yang periang.. semua anak2 sedara suka dan sayang dengan pak busu.. tak sangka pak busu boleh jadi macam tu.. macam2 ikhtiar mak busu dah buat..

kali ni.. pak itam (adik mak jugak) bawak busu balik melaka.. cuba berubat dengan ustad di tiang dua.. mereka baru je sampai dalam pukul 2am tadi.. dari kelantan, pak itam terus bawak busu ke rumah ustad tu..

pak busu tak boleh bercakap.. bukan bisu.. tak tahu nak describe mcm mana... kimi bercakap kita boleh paham.. ni langsung tak paham.. kesian nyaaa. nampak uzur.. kurus... dah macam bukan pak busu kesayangan kami...

mandi, kencing, berak semua dia tak boleh nak kawal.. so kena ada orang yang uruskan.. so malam ni tido, mak suruh pakai pampers... pak itam nak pakaikan dia tak nak.. malu kot... tapi pelupa.. iskhh.. ade ke nak pakai pampers tengah rumah... hehehe.. kami dok gelak je lah.. suruh dia masuk bilik pakai.. mak jengah dia nak pakai mcm baby.. mane bule....

kesian pak busu.. semoga pak busu cepat sembuh.. kami rindukan pak busu kami...

Monday, October 5, 2009

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Wednesday, September 30, 2009

Alhamdulillah

bersyukur keatas nikmatNya kerana masih dipanjangkan umur... Alhamdulillah, bangun pagi dengan hati yang lebih tenang dan fikiran tidak serabut..

tq pd hubby tersayang sebab ajar zikir tu.. ni ajar masa mengandung hakimi dulu..

Tuesday, September 29, 2009

Semakin Hampir

Semakin hampir ke penghujung semester.. semakin rasa sayang kepada students walaupun kdg2 menyirap darah dibuatnya.. setiap pertemuan ada perpisahan.. hakikat kehidupan.. so my studentssss... dsk05 & de05, tak lama lagi 2nd test... persiapkan diri anda...

dari sehari ke sehari.. semakin banyak dugaan dan semakin mencabar dugaan yang harus ku tempuh... bersabarlah wahai hati.. redha dengan apa yang diuji olehNya.. bersyukur dengan dugaan demi dugaan ini.. tenang menghadapi dugaan ini.. itulah yang ku titipkan setiap kali selepas solat.. semoga aku terus tenang menempuh dugaan yang aku sendiri tak pernah terfikir... supaya Allah sentiasa memberikan aku kesabaran demi kesabaran...

aku yakin setiap kejadian tu ada hikmah yang tersembunyi.. itu yang selalu aku bagitahu suami ku.. kita anggap apa yang berlaku akan membawa kebaikan untuk kita.. tak kat dunia, kat akhirat... so kita kena sabar.. memang menyakitkan menjadi seorang yang penyabar.. tapi aku pasti hasilnya, amatlah nikmatnya.. tak dapat digambarkan.. InsyaAllah

aku kena yakin bahawa Allah tidak akan turunkan dugaan itu jika hambaNya tidak mampu menempuhinya.. tetapi dugaan kali ini memang terlalu berat untuk ku pikul.. hati ku merintih, meronta... tak tahu nak cakap macam mana...

terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan semangat.. InsyaALlah semunya akan berakhir dengan baik...

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut aidilfitri kepada semua.. tahun ni giliran beraya di melaka... tak byk gambar ambik sbb agak sibuk.. cuma gambar kimi je.. tu pun makcik2 dia yg melayan...

raya biasanya budak2 lah yang meriah.. tahun ni kimi cuma dapat 3 psg baju melayu.. 2 daddy beli, 1 nenek beli... then 2 seluar je yg mommy & daddy berkenan.. lain2 t-shirt dgn kemeja...

mommy dgn daddy je tak ade baju raye.. mommy ada satu je baju untuk pagi raye.. tahun ni mommy tak nak baju raya sbb mommy nak benda lain dan benda lain... daddy kata OK... tunggu kan je apa benda nyer.. bila dah dapat leh tayang.. muhahaha... setahun sekali.. opss.. beberapa tahun sekali bukan selalu kan daddy...













Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Dr. Students

lama tak buat entry.. malas, sibuk marking paper students, busy prepare nak mengajar, and busy jaga hakimi yang makin lasak.. selagi dia tak tido, selagi tu lah tak boleh nak mengadap dan fokus pada benda lain. my my hakimi.. letih mommy.. tapi menghiburkan dan penenang jiwa...

cerita pasal kad raya.. banyak tahun lah tak ada kad raya diterima.. fizikal ok... dulu setiap tahun AIDA tak akan lupa hantar kad raya termasuklah vendorssssssssss... so sejak dah kahwen.. dah tak kerja, tak de dah kad raya.. mcm mana org nak bagi, kita pun tak bagi.. hahaha..

tapi tahun ni rasa terharu... students bagi kad raya.. hehehe.. tq DE5.. walaupun u all nakal... kuat menjawap bila saya berleter, tapi u all baik sebenarnya.. cuma degil sikit jerk.. so sape2 nak duit raya, silalah datang rumah saya ok.. kat kelas tak boleh bagi duit raye.. kat kelas bagi ilmu jerk.. hehehe.. siti zubaidah.. ni special saya dedicate pada awak... jgn tak datang rumah saya tau.. pakai BAJU KURUNG!!!! baru saya bagi duit raya..

DE5 dan DSK5.. break seminggu ni jangan lupa siapkan keje yang saya bg esp DE5, saya dah extend tarikh hantar assignment, so my expectation more higher ok...

selamat hari raya semua.. jangan lupa balik semula ke kolej.. isnin saya dah buat kelas. tak ada tapi2 lagi ok..

Saturday, September 5, 2009

Hati ini

entahlah... tak boleh nengok.. nengok mesti darah menyirap.. tak tahu kenapa.. Ya Allah berikan lah aku ketenangan dan hindarilah aku dari rasa syak wasangka.. biarlah hati ku ini sentiasa bersangka baik... berikanlah aku kesabaran dan ketenangan.. ameen

Friday, August 28, 2009

Selamat Menempuh Peperiksaan

Semua student DE5 dan DSK5, selamat menempuh 1st test next week... soalan tu senang-senang je... so harap boleh jawap dengan cemerlang... all the best

Wednesday, August 19, 2009

mari mari.. kita beraya bersama

projek yang ditunggu telah tiba... percubaan pertama... sila ke www.rentaprevolusi.com .. ada kek kecik, ada kek senuet... ada crocs... mari-mari... kalau beli banyak, ada diskaun... jangan susah.. jangan risau...

Sunday, August 16, 2009

Happy Birthday Daddy




Selamat Ulangtahun kepada daddy... semoga kita sekeluraga sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat olehNya.. semoga panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki...

luv.. mommy n kimi

Thursday, August 13, 2009

terkenang kisah lalu


(kiri baris 1 - hadapan sekali) norhayati, marlinawati, roslinda, cikgu aziz, norrizal ngatikun, baleign agil, david oh boon tat,
(dari kiri - baris 2) rozita, suhana, rosmarynda, norfaiza, intan suraya, rizan, rosliza, azliza, *****, marshita
(dari kiri - baris 3) *****, ****, *****, sabarina, rosniza, harlina, intan zahra kusina, mas adha, norsyarina,*****, izam zamzuri
(dari kiri baris 4) vijayan, asmar, *****, mohd rizal, mohsin, ****, ****, safrol adli, shahrul asmadi, shahril, munir, basyirun, nasri

gambar diatas adalah gambar darjah 6Merah, tahun 1987... opsss.. lama dah tu, more than 20 years... sekolah kebangsaan pengkalan tentera darat, sg besi, kuala lumpur.. cikgu kelas: cikgu abdul aziz said... ketua darjah... lupa... so kalau anda tergolong didalam gambar di atas.. sudi2 lah memunculkan diri anda.... yang tanda *****, maaf bebanyak, tak ingat nama... mintak ampun mintak maap....

Special Project...

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu... InsyaAllah special project dari kami... Asmar.. kau dah janji dengan aku kan kan kan.. jangan lupa tu.. hahahaha...

Tuesday, August 11, 2009

counting...

we are counting... mengira hari lahir hakimi yang ke dua.. dalam mommy sibuk dengan nak ganti kelas dan student nak periksa, sempat lagi buat preparation ala kadar.. mommy dah order cuppies thomas dan barney untuk kimi... dan juga kek gambar thomas and friends...

dah besar anak mommy dan daddy.. makin bijak.. makin banyak akal dia.. semalam, masa atuk tido, dia buat projek baik punya.. tampal muka atuk dengan sticker barney dan sticker thomas... hari ni pulak, nengok mommy dah siap2 nak pergi mengajar, dia dah standby kat tepi kereta.. dah siap pakai kasut, bawak beg spongebob dia n siap pakai topi.. cuma kurang tak de botol air jerk... tergelak dibuatnya...

cd dah pandai pasang sendiri... ape lagi... agaknya demam hari tu nak dapat perangai baru lah kot... hakimi hakimi... segalanya bagi mommy dan daddy.. penyeri hidup kami.. pengikat kasih sayang kami... semoga Allah sentisa memelihara keluarga kita... semoga Allah sentiasa memberkati kita sekeluarga.. InsyaAllah

Tuesday, August 4, 2009

Pujian Vs. Galakan

Pujian vs Galakan

Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dengan betul dan berpada-pada. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yang anda berikan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita itu ada keburukannya? Ya, pujian ada keburukannya jika tidak digunakan dengan betul. Memang pujian itu merupakan satu cara yang agak berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang tetapi terdapat satu lagi strategi yang lebih berkesan.

Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah berkata, “…seorang kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air”. Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara kanak-kanak itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan. Kedua-dua teknik ini boleh:

i. Membina harga diri

ii. Meningkatkan rasa bangga

iii. Menggalakkan kerjasama

iv. Membina perhubungan yang positif

v. Membantu kanak-kanak semasa mereka menghadapi kesukaran dan masalah

Bagaimanapun, jika anda kaji betul-betul, sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:

1. Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:

Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!

Galakan pula ialah satu hadiah:

Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih untuk peperiksaan kali ini!

2. Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi:

Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!

Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita mengambil berat:

Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya tadi.

3. Pujian menggalakkan pertandingan:

Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!

Galakan menggalakkan kerjasama:

Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.

4. Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:

Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:

Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak.

5. Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa:

Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa bangga dengan Hafiz.

Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:

Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri Syakirin.

6. Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:

Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputus-an cemerlang dalam peperiksaan.

Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaan:

Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!

Daripada penerangan-penerang an di atas, anda boleh lihat bahawa puji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!

Topik ini dapat mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih gigih dalam memahirkan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi yang lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia yang tersohor, Dale Carnegie, dalam buku beliau “How to Win Friends and Influence People”. Lihat dalam cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan dengan efektif:

Strategi ini saya pelajari daripada John William, yang merupakan Pengerusi di syarikat tempat saya bekerja dahulu. John merupakan seorang ahli korporat yang hebat dan amat berbakat. ‘Kemahiran manusia’ beliau amat menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yang me-ngenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau berinteraksi dengan orang lain.

Bila-bila sahaja setiausaha saya memberitahu bahawa John sedang di talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dengan beliau. Suatu hari, saya cuba menganalisa sebab-sebab penggilan beliau cukup menyeronokkan saya. Selepas membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, “Minit mesyuarat yang awak buat itu cukup hebat.” Beliau juga sering memberi galakan kepada saya, “Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan persahabatan bola sepak syarikat kita semalam. Bagus kerana awak sudi meluangkan masa awak untuk datang memberikan sokongan.”

Tetapi apa yang lebih penting ialah John sering menunjukkan minat beliau terhadap diri, keluarga, aktiviti-aktiviti dan juga kehidupan saya. Beliau sering menunjukkan minat kepada saya sebagai seorang insan dan bukan sekadar pekerja beliau. Apabila John menelefon saya, beliau sudah tentu ingin bertanyakan urusan syarikat tetapi beliau akan memulakan perbualan beliau dengan bertanyakan anak-anak, isteri atau aktiviti-aktiviti saya. Beliau menunjukkan minat terhadap diri saya dan saya amat menyukainya.

Apabila saya menyedari akan kuasa minat ini, saya mula menggunakannya untuk membina dan mengekalkan perhubungan dengan kanak-kanak dan pekerja-pekerja saya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari saya bertembung dengan seorang pekerja muda di pejabat dan kami mula berbual. Dengan mengambil iktibar daripada sikap John, saya tidak memberi pujian atau galakan kepada beliau. Sebaliknya, saya menunjukkan minat yang ikhlas terhadap diri beliau. “Saya nampak awak baru beli kereta ya, David. Cantik warna kereta awak tu. Di mana awak beli kereta tu?” Muka pekerja muda itu kelihatan teruja! Pengurus Besar syarikat beliau menyedari kereta baru beliau dan mengambil masa untuk memberitahu beliau! Perbualan yang ringkas itu lebih bermakna kepada beliau daripada sebarang pujian dan galakan.

Pengajaran daripada cerita ini, anda sebagai ibu bapa dan pendidik boleh memberikan hadiah menakjubkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika anak anda pulang dengan hasil lukisan yang dilukis oleh mereka di sekolah, anda mungkin boleh meluahkan perasaan anda,Wah! Menariknya lukisan adik ni. Adik baru belajar di sekolah ke? ataupun jika di sekolah, anda boleh menunjukkan minat anda dengan seseorang pelajar dengan berkata,Cikgu dapat tahu bapa awak seorang anggota polis. Awak tahu tak datuk saya dulu pun seorang anggota polis?” Cuba tunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan dan aktiviti-aktiviti anak-anak dan pelajar-pelajar anda.

Artikel di atas dipetik daripada buku Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda terbitan Perintis Books Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.books.perintis. com.my atau hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Monday, August 3, 2009

sekejap jerk ???

sekejap je dah nak cukup seminggu kolej tutup.. apa yg di buat ek? ermm... notes bebudak tak habis buat.. tapi buat lah.. soalan, cuma tinggal buss information system belum buat... develop system, dah siap dah... muhahaha.. kira byk gak lah dah dibuat...

hari ni nak pulun kemas rumah, mop lantai.. adusss.. jgn kimi meragam sudah... semalam pg melaka dgn busu ani.. memula memang tak nak bawak kimi. kesian pulak... tak nak bawak bukan apa.. melaka sekarang ni hebat kes h1n1 dia.... akhirnya bawak jugak... hopefully semuanya ok...

Wednesday, July 29, 2009

hakimi... belajar dari siapa?

kadang-kadang nak tergelak nengok gelagat hakimi.. hari ni semua orang sibuk sapu rumput kat lama, dia pun same sibuk nak tolong menyapu... lepas dah dapat bawak dia masuk rumah, sorok kan seliper dia sebelah.. so semua seliper dia tinggal sebelah jek (ada 3 pasang)... bising nak keluar.. then mommy bukak pintu.. lepas tu bising lagi.. keluar masuk.. tanye mami.. kasut? dia cari sebelah lagi.. buat tak paham jerk.. dah petang sangat dan takut kena gigit nyamuk... lagi pun abah tengah bakar rumput.. cannot.. cannot...

mundar mandir.. ermmm tetiba nengok dia dah keluar... rerupanya dia mix and match seliper dia... sebelah lain sebelah lain... lerrr.. sape ajar ni? hehehe.. tak penah pulak org dlm rumah ni pakai sebegitu rupe...

hakimi hakimi... geleng kepala kami semua nengok dia.. at least kejadian petang tadi membuktikan dia dah start menggunakan akal fikiran... and one more thing.. hakimi dah pandai mengira sampai 4..

Monday, July 27, 2009

H1N1 menyerangggg...

hari ni pergi kelas awal sikit sbb nak ganti database programming.. kelas buat kat library jerk.. bagi bebudak ni buat tutorial... lepas dah habis kelas, pergi jabatan pengurusan perniagaan... masa kat library tadi dah dengar bising2 pasal h1n1 ni... kat jabatan pun mcm tu gak.. ada taklimat lagi dgn MOH..

so keputusannya, budak2 cuti smapai 4/ogos.. so meansss.. tak de kelas... waaaaaaaaaaaaaa ;-( parah nak ganti kelas nanti... bebudak meman seronok, dia tak tahu betapa kita ni nak kena kejar silibus.. iskhh iskhh iskhh

Friday, July 24, 2009

cracking my head...

errmmmm.. rasa mcm nak pecah kepala membuat coding hari ni.. iskhhh kenapa? satu line jerk ni error.. tapi tak dapat nak trace... arrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

hari yang mencabar...


Hari ini agak mencabar.. sbb dah dua hari buat coding tak betul2 jugak.. dah tu logic error... lagi satu tadi buat kuiz utk kelas internet programming dgn IS.. biasalah bebudak ni...

balik rumah pulak... kimi meragam.. merengek.. menangis.. semua me lah dia hari ni.. nak berdukung jerk.. tidur kan.. dah lena, bila kita bangun nak sambung kerja, dia bangun.. iskhh mana leh tahan nak mengopek jerk.. kalau tak de keje tak ape lah jugak.. ni keje mommy bertimbun.. punyalah sabar.. but lepas maghrib dlm pukul 8 mcm tu, tak bule nak kawal lagi kadar stresssss.... di tambah pulak kimi menangis, menjerit-jerit marah.. nak air, bawak pergi dapur tak nak.. tanya nak air apa, tak nak cakap.. buat air milo tak nak, marah... menangis.. menjerit... rasa nak menjerit sama dengan dia.. dah tak tahan sangat menyorok dalam bilik air, menangis.. muhahahha... kimi terlolong2 kat luar.. nasib akin dengan abid ada tolong pujuk tapi tak jalan.. last2 tepon mak suruh balik.. mak dengan abah pergi masjid... then ani datang.. ani datang kimi pun diam.. ntah ape angin dia 2-3 hari ni.. maybe mommy busy sangat kot.. nak buat mcm mana.. mommy busy kronik.. tidor pun 2 jam je sehari...

Tuesday, July 21, 2009

Salin Kulit

alamak... bunyik macam ular jerk.. salin kulit.. muhahaha...

tengahari tadi sebelum masuk kelas database programming, tolong acu ani tampal skin baru kat blog dia.. so kita pun sama teruja.. lepas kelas dan sampai kat rumah, terus ganti skin baru.. baju baru... hehehe

acu ani.. jgn jeles yerkk...

Monday, July 20, 2009

Teknik Ransangan Bayi / Anak

50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

Saya dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua. Saya teruja nak cuba tip #39… tapi kena tunggu anak-anak ni besar sikitlah. Kalau nak cuba sekarang, takut pulak orang kata "buang tebiat ke ape ke, dok bagi anak main hujan!". Teringat masa kecik-kecik dulu main hujan dengan abang dan adik… Hemmm… heaven!

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!

Sunday, July 19, 2009

sembang hakimi lagi

acu: kimi, mommy pergi keja kimi tinggal dengan sape?
kimi: ngan atuk, mak

kimi sekarang dah boleh terima mommy pergi kerja.. sebelum ni kalau cakap mcm tu marah, tak bagi pergi...

dah besar kimi.. tak lama lagi kimi 2 tahun... ermm... nak plan ape ek??/

Wednesday, July 15, 2009

Tinggal 7 jam pulak

semalam mommy ada kelas dari 12pm - 6pm.. rasanya ni lah paling lama berenggang dengan hakimi.. bimbang jugak.. tapi Alhamdulillah hakimi tak menangis dan meragam bukan-bukan masa tinggal dengan atuk dan mak.. minum milo yang mommy belikan.. semangkuk bubur, nasi, coklat dan lain-lain..

petang bila nampak je kete masuk, menjerit2 panggil mommy.. seronoknya diaaaaa.... sekarang mommy tak risau lagi nak pergi mengajar sebab kimi budak baik.. mommy dengan daddy tak lah susah hati..

Tuesday, July 14, 2009

Hakimi Budak baik

Hakimi budak baik.. walaupun hampir dua tahun 24jam dengan mommy, tak pernah kena tinggal atau berenggang.. tapi hari ni mommy kena tinggalkan kimi kejap sebab mommy ada kelas dari jam 1230 - 4 ptg... Alhamdulillah, hakimi tak meragam.. elok je main dengan atok, dengan mak.. tak ingat pun nak 'tik'.. mommy dah beli stok memacam incase tak nak apa yang ada kat rumah.. ada fresh milk, ada milo, ada ice cream, ada biskut, coklat, buah... ape lagi... tapi sampai mommy balik, kimi tak nak tido.. ajak atuk tido tapi tak boleh lelap kot mata sbb tak dapat 'tik'.. bila nampak mommy je, tak bagi peluang... macam kemaruk.. hehehe.. ermm.. awak tu tinggal sebulan lebih je nak menyusu dgn mommy.. kena lah belajar...

macamanapun kimi dah faham mommy kena pergi kerja.. walaupun kekadang nampak kimi macam merajuk sbb mommy sibuk sikit prepare notes untuk students.. tapi mommy masih lagi meluangkan masa yang banyak main dengan kimi, peluk2 kimi.. cium2 kimi.. buli2 kimi...

apapun... kimi dan daddy keutamaan mommy.. mommy love both of u...

Untuk Dikongsi Bersama

Saja nak share dengan kawan-kawan.. terjumpa masa bukak portable hard disk... daddy yang save kot...

Monday, July 13, 2009

satu harapan satu matlamat

hari ni bermulanya satu episod baru..
semoga semunya berjalan lancar..
semoga ianya menjadi titik tolak
kejayaan yang baru dalam hidup ini..

Tuesday, July 7, 2009

Sembang-Sembang

macam tak percaya pulak, hero ku yang kecik ni dah bule bawak bersembang... pagi tadi masa pakai kan baju atuk dia tanye..

atuk: kimi, mommy pergi kerje kimi tinggal dengan siapa?
kimi: mommy
atuk: mana boleh ikut mommy.. mommy pergi kerja.. kimi tinggal dengan atuk , dengan mak.. ok?
kimi: angan (jangan).. nak mommy..
atuk: mana boleh.. mommy kerja, kimi tinggal dengan atuk..
kimi.. angan (jangan).. daddy gi je (pergi keje)

muhahaha.. sejak lahir sampai sekarang asyik duduk bawak ketiak mommy jek... kena belajar2 lah ek sayang.. selain hakimi dan daddy, mommy ada juga impian dan kepuasan lain untuk diri mommy..

dah siap pakai baju.. ajak atuk pergi jalan.. dah balik, sembang lagi dengan dia..

kimi: mommy nak tik (mintak susu)
mommy: jom.. kimi pergi mana tadi?
kimi: engok aut (nengok laut)
mommy: dalam laut ada apa?
kimi: ada itan (ada ikan)
mommy: ada kapal tak?
kimi: ada
mommy: besar ke kecik kapal tu?
kimi: beca (besar)
kimi: mommy, ubat, akit (sakit)
sambil tunjuk lutut
mommy: jatuh lagi lah ni.. jatuh kat mana?
kimi: ane (sana) sambil tunjuk kat luar...

hehehe.. kelakar jugak kadang-kadang tu...
dah pandai mengadu..

Monday, July 6, 2009

Merapu lagik...

rasa nak merapu hari ni.. hehehe.. melayan hati dan perasaan sekejap..

eidlan hakimi..
permata hati kami..
pengubat rindu kami..
penawar lara kami..
pengikat kasih kami..
penyeri rumahtangga kami..
anugerah yang tak ternilai dariNya..

InsyaAllah
akan kami didik dengan sempurna..
akan kami berikan kasih sayang yang tiada sempadan..
akan kami curahkan segala perhatian..
akan kami bekalkan ilmu dunia dan akhirat..

semoga..
menjadi insan yang cemerlang..
terbentuk hamba Allah yang taat kepadaNya
insan yang sentiasa merendah diri..
insan yang berjaya dalam segala segi..
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

sesungguhnya..
kami bersyukur atas kurniaan Mu Ya Allah..
kami berterima kasih dengan anugerahMu ini..

permudahkan dan berikan kami hidayah serta kekuatan
untuk kami terus mendidik Eidlan Hakimi..


Saturday, July 4, 2009

Meluat Tahap GABAN

tak paham manusia ni..
wa tak jaga hal lu... pasal lu sibuk hal wa??
wa tak penah kacau lu.. pasal lu kacau wa???
wa tak penah amek tahu hal lu.. nak mampos ke nak tonggeng ke.. apa wa pedulik..
masing-masing jaga hal sendirik lah.. masing-masing jaga keluarga sendirik lah..
lu tunggu... bila wa dah dapat bukti, wa keje kan lu sampai ko...
jgn ingat wa diam wa takut.. JAGA LU....

Sunday, June 28, 2009

Kehidupan.. ketabahan.. kesabaran..

ambil peluang sikit nak tulis apa yang sedang bermain difikiran..

kehidupan ini banyak dugaan..
perlukan ketabahan dan kesabaran..
semoga Allah terus memberikan aku ketabahan dan kesabaran
untuk menghadapi kehidupan ini..
semoga Allah terus memberi aku jalan untuk aku menyelesaikan
kekusutan yang dihadapi..
semoga Allah terus memberi aku kekuatan untuk menghadapi
apa jua rintangan..
walaupun hati berlagu sayu.. jiwa berlagu pilu..
sesungguhnya aku percaya segala dugaan itu ada hikmah
yang tersembunyi..
sesungguhnya hanya Allah mengetahui yang terbaik untuk umatnya..
InsyaAllah..
semoga kehidupan ini diberkati olehNya..

Thursday, June 25, 2009

Mari Bersauna


Herba Perubatan Untuk Mandi Wap .. sauna lah tu

DAUN SELASIH
Boleh menghilangkan demam, sakit kepala, melancarkan perjalanan darah dan dapat menyejukan badan. - 3 helai

DAUN BELUNTAS
Dapat membantu menghilangkan sengal-sengal tulang dan sakit pinggang, menambahkan selera. Dapat menghilangkan bau badan dan dapat membaiki sistem pencernaan. - 3 helai

NENAS KERANG
Bunga dan daun nenas kerang yang masih segar dapat menghilangkan radang, malah buahnya jugak amat berguna untuk mencuci dan melancar darah sera dapat menghindari paru-paru daripada penyakit bakut. - 1 kutub / 2 helai

DAUN LILIPAN
Baik untuk menghilangkan bengkak, tulang patah dan luka berdarah. - 3 helai

SIRIH
Daunya dapat memanaskan badan dan menambahkan susu ibu. - 3 helai

TERUNG PIPIT
Buahnya membantu pembekuan darah, mengurangkan batuk, mengurangkan sakit perut akibat gastrik dan untuk melancarkan perjalanan haid. - 1/2 biji

BUNGA KERTAS
Membantu wanita merawat dan menghilangkan masalah keputihan dan melancarkan perjalanan haid. - 3 kuntum

MUSA INDAH
Daun dan batang boleh melancarkan peredaran darah. Mengurangkan pendarahan pada vagina dan mengurangkan pembekakan payudara. - 3 helai

CILI SEGAR MERAH
Membantu melancarkan peredaran darah, mengaktifkan denyutan jantung dan merangsang pengeluaran gas dari saluran pencernaan. - 1 batang

KAYU PUTIH
Daun kayu putih dapat merawat penyakit asma, sesak nafas, sakit kepala, batuk dan masalah kulit. - 3 helai

DAUN BAMBU
Digunakan untuk merawat demam campak. - 2-3 helai

BEBUAS
Daun dan bunga pokok bebuas dipercayai boleh mengurangkan angin dalam badan, menambahkan susu ibu, mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman. - 3 helai

DAUN PANDAN
Mewangikan badan dan melebatkan lambut - 4 helai

KEMBANG KERTAS
Batang dan daun dipercayai dapat merawat penyakit kencing bernanah. - 3 kuntum

BUNGA TAHI AYAM
Mengubati masalah sakit luaran seperti sakit kulit, megurangkan bengkak pada bisul dan menyembuhkan luka berdarah. - 3 kuntum

BALUNG AYAM
Khasiat balung ayam ialah dapat menghilangkan sakit pinggang, sakit sendi, lemah bahagian kaki dan tangan atau lumpuh separuh badan. Selain itu juga id dapat membantu kaum lekai yang mengalami masalah keluar sperma pada waktu malam.

DAUN DUKUNG ANAK
Dapat mengawal sakit diabetes dan menghalang daripada sakit hempedu. - 2 helai

ORIGANO
Daun origano dapat melancarkan perjalanan darah dan baik untuk kesihatan kulit. - 2 helai

MELUR
Bunga dan daunnya dipercayai boleh membantu menghentikan pengaliran susu ibu, menurunkan suhu panas badan dan dapat mencuci mata. - 3 kuntum / 2 helai

BUNGA MAWAR
Dipercayai amat mujarab untuk menghilangkan keputihan, melancarkan kitaran haid dan pendarahan semada kehamilan. - 3 kuntum

DAUN MISAI KUCING
Merawat kencing manis. -5-6 helai

DAUN MENGKUDU
Membuang toksin di dalam badan, menstabilkan pengaliran darah untuk merawat penyakit tekanan darah dan mengekalkan tahap gula dalam badan. - 1-2 helai

BUAH LIMAU (KASTURI/PERUT/NIPIS)
Menambahkan vitamin C dalam badan serta merawat gaout dan sidik di dalam limau mampu membakar lemak dan mencairkan kolestrol - 1/2 biji

SUSU ANELENE, SUSU KAMBING SEGAR & SUSU LEMBU SEGAR
Menambah kalsium di dalam badan, mencerahkan kulit, menerangkan mata serta menguatkan tulang dan menambahkan ingatan.

KULIT LIMAU SUNKIS / LIMAU BALI
Menmabhakan vitamin C dan mencegah penyakit kanser.

DAUN KARI
Menghitamkan rambut. 2-3 helai

BIJI KEEMBUNG
Amat berguna untuk mempercepatkan kedatangan haid bagi wanita dan menghilangkan masalah keputihan. 3 biji

Wednesday, June 17, 2009

Kad dari Suzi... dan hapdet lagi

kad dari suzi... tq suzi... dan kawan2 lain, sila lah.. dari saya untuk kalian semua.. :-)

minggu ni agak penat sebab ipan ada sekali... so ada dua org budak kecik yang berumur bawah 3 tahun nak dijaga.. satu berak, satu lagi berak.. macam kembar pulak... paling mencabar bila nak tidur... kimi yang biasa tidur lepas maghrib pun leh lajak sampai pul 10mlm 11 mlm.. adusss... bila nak berehat.. selalunya lepas magrib dah bule rest dan guna internet.... siang pulak susah nak tido.. main je manjang
kali ni dah kurang gaduh sebab ipan tak berapa nak buli kimi.. kimi dah pandai melawan... silap2 ipan kena keje dengan kimi.. muhahaha... aman rumah, tak de budak menangis.. cuma letih sbb rumah bersepah....

ipan kelakar jugak.. hari tu cakap dgn dia.. lain kali balik kampung dengan pakej sekali.. dia bule tanye balik... maklong, apa maksudnya? hahaha budak 3 tahun boleh tanye macam tu... maksudnya balik dengan mak memasing, tak de lah maklong dengan maksu penat... hehehe...

Friday, June 5, 2009

lama tak update...

lamanya tak update... tak tahu nak update ape.. sebab kdg2 rasanya tak perlu dikongsi satu dunia.. hehehehe.. cuma jom kita cuci mata dgn gambar kat bawah ni...

Friday, May 29, 2009

Seronok... Seronok

Alhamdulillah... hari ni rasa seronok sangat sbb jumpa balik kawan-kawan lama.. yang dah lebih dari 20thn tak jumpa.. rakan-rakan sepermaianan dulu... kawan-kawan yang same2 main kat pantai, main lompat getah, main kejar2.. dan macam-macam... arr satu lagi cari umang-umang... hehehe,, sampai kene sepit kat bibir.... sekarang semua dah berubah memasang dah dewasa dah sibuk dgn urusan sendiri dan keluarga...

Wednesday, May 27, 2009

Happy Anniversary

Selamat Ulangtahun perkahwinan pada suami tersayang.. semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.. semoga dimurahkan lagi rezeki dan kelapangan serta dipermudahkan segala urusan kita.. Semoga kasih sayang kita bertambah utuh, InsyaAllah... 

Tuesday, May 26, 2009

Doa Untuk Anak-Anak

actually email ni dapat dari Sis Dina... last week kot.. saje nak share dengan kawan2..

I came across this bila baca Berita Harian today. Just to share with all of you so that we can make our later generation becoming better persons. InsyaAllah.

1. Doa untuk memohon rahmat - Surah Ali Imran ayat 8-9
2. Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali-Imran ayat 38
3. Doa supaya anak kerjakan solat - Surah Ibrahim ayat 40 - 41
4. Doa supaya anak taat kepada Allah - Surah Al Baqarahayat 128
5. Doa diberi zuriat yang menyejuk mata memandang - Surah Al Furqan ayat 74
6. Doa supaya anak pandai belajar - Surah Al Anbiya ayat 79
7. Doa anak lembut hati - Surah Al Anbiya ayat 69 dan Al Hasyar ayat 22-24
8. Doa anak rajin sekolah - Surah Taha ayat 1-5

Do not forget your parents as they are the reasons you are here in this world. 

Hadih Riwayat Muslim "Rasulullah bersadba, Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tida iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain dan anak yang mendoakannya"

Doa kepada Ibubapa
1. Surah Ibrahim ayat 4
2. Surah AlIsraa' ayat 24

Wallahu'alam
 
Dina