Pages

Sunday, June 28, 2009

Kehidupan.. ketabahan.. kesabaran..

ambil peluang sikit nak tulis apa yang sedang bermain difikiran..

kehidupan ini banyak dugaan..
perlukan ketabahan dan kesabaran..
semoga Allah terus memberikan aku ketabahan dan kesabaran
untuk menghadapi kehidupan ini..
semoga Allah terus memberi aku jalan untuk aku menyelesaikan
kekusutan yang dihadapi..
semoga Allah terus memberi aku kekuatan untuk menghadapi
apa jua rintangan..
walaupun hati berlagu sayu.. jiwa berlagu pilu..
sesungguhnya aku percaya segala dugaan itu ada hikmah
yang tersembunyi..
sesungguhnya hanya Allah mengetahui yang terbaik untuk umatnya..
InsyaAllah..
semoga kehidupan ini diberkati olehNya..

Thursday, June 25, 2009

Mari Bersauna


Herba Perubatan Untuk Mandi Wap .. sauna lah tu

DAUN SELASIH
Boleh menghilangkan demam, sakit kepala, melancarkan perjalanan darah dan dapat menyejukan badan. - 3 helai

DAUN BELUNTAS
Dapat membantu menghilangkan sengal-sengal tulang dan sakit pinggang, menambahkan selera. Dapat menghilangkan bau badan dan dapat membaiki sistem pencernaan. - 3 helai

NENAS KERANG
Bunga dan daun nenas kerang yang masih segar dapat menghilangkan radang, malah buahnya jugak amat berguna untuk mencuci dan melancar darah sera dapat menghindari paru-paru daripada penyakit bakut. - 1 kutub / 2 helai

DAUN LILIPAN
Baik untuk menghilangkan bengkak, tulang patah dan luka berdarah. - 3 helai

SIRIH
Daunya dapat memanaskan badan dan menambahkan susu ibu. - 3 helai

TERUNG PIPIT
Buahnya membantu pembekuan darah, mengurangkan batuk, mengurangkan sakit perut akibat gastrik dan untuk melancarkan perjalanan haid. - 1/2 biji

BUNGA KERTAS
Membantu wanita merawat dan menghilangkan masalah keputihan dan melancarkan perjalanan haid. - 3 kuntum

MUSA INDAH
Daun dan batang boleh melancarkan peredaran darah. Mengurangkan pendarahan pada vagina dan mengurangkan pembekakan payudara. - 3 helai

CILI SEGAR MERAH
Membantu melancarkan peredaran darah, mengaktifkan denyutan jantung dan merangsang pengeluaran gas dari saluran pencernaan. - 1 batang

KAYU PUTIH
Daun kayu putih dapat merawat penyakit asma, sesak nafas, sakit kepala, batuk dan masalah kulit. - 3 helai

DAUN BAMBU
Digunakan untuk merawat demam campak. - 2-3 helai

BEBUAS
Daun dan bunga pokok bebuas dipercayai boleh mengurangkan angin dalam badan, menambahkan susu ibu, mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman. - 3 helai

DAUN PANDAN
Mewangikan badan dan melebatkan lambut - 4 helai

KEMBANG KERTAS
Batang dan daun dipercayai dapat merawat penyakit kencing bernanah. - 3 kuntum

BUNGA TAHI AYAM
Mengubati masalah sakit luaran seperti sakit kulit, megurangkan bengkak pada bisul dan menyembuhkan luka berdarah. - 3 kuntum

BALUNG AYAM
Khasiat balung ayam ialah dapat menghilangkan sakit pinggang, sakit sendi, lemah bahagian kaki dan tangan atau lumpuh separuh badan. Selain itu juga id dapat membantu kaum lekai yang mengalami masalah keluar sperma pada waktu malam.

DAUN DUKUNG ANAK
Dapat mengawal sakit diabetes dan menghalang daripada sakit hempedu. - 2 helai

ORIGANO
Daun origano dapat melancarkan perjalanan darah dan baik untuk kesihatan kulit. - 2 helai

MELUR
Bunga dan daunnya dipercayai boleh membantu menghentikan pengaliran susu ibu, menurunkan suhu panas badan dan dapat mencuci mata. - 3 kuntum / 2 helai

BUNGA MAWAR
Dipercayai amat mujarab untuk menghilangkan keputihan, melancarkan kitaran haid dan pendarahan semada kehamilan. - 3 kuntum

DAUN MISAI KUCING
Merawat kencing manis. -5-6 helai

DAUN MENGKUDU
Membuang toksin di dalam badan, menstabilkan pengaliran darah untuk merawat penyakit tekanan darah dan mengekalkan tahap gula dalam badan. - 1-2 helai

BUAH LIMAU (KASTURI/PERUT/NIPIS)
Menambahkan vitamin C dalam badan serta merawat gaout dan sidik di dalam limau mampu membakar lemak dan mencairkan kolestrol - 1/2 biji

SUSU ANELENE, SUSU KAMBING SEGAR & SUSU LEMBU SEGAR
Menambah kalsium di dalam badan, mencerahkan kulit, menerangkan mata serta menguatkan tulang dan menambahkan ingatan.

KULIT LIMAU SUNKIS / LIMAU BALI
Menmabhakan vitamin C dan mencegah penyakit kanser.

DAUN KARI
Menghitamkan rambut. 2-3 helai

BIJI KEEMBUNG
Amat berguna untuk mempercepatkan kedatangan haid bagi wanita dan menghilangkan masalah keputihan. 3 biji

Wednesday, June 17, 2009

Kad dari Suzi... dan hapdet lagi

kad dari suzi... tq suzi... dan kawan2 lain, sila lah.. dari saya untuk kalian semua.. :-)

minggu ni agak penat sebab ipan ada sekali... so ada dua org budak kecik yang berumur bawah 3 tahun nak dijaga.. satu berak, satu lagi berak.. macam kembar pulak... paling mencabar bila nak tidur... kimi yang biasa tidur lepas maghrib pun leh lajak sampai pul 10mlm 11 mlm.. adusss... bila nak berehat.. selalunya lepas magrib dah bule rest dan guna internet.... siang pulak susah nak tido.. main je manjang
kali ni dah kurang gaduh sebab ipan tak berapa nak buli kimi.. kimi dah pandai melawan... silap2 ipan kena keje dengan kimi.. muhahaha... aman rumah, tak de budak menangis.. cuma letih sbb rumah bersepah....

ipan kelakar jugak.. hari tu cakap dgn dia.. lain kali balik kampung dengan pakej sekali.. dia bule tanye balik... maklong, apa maksudnya? hahaha budak 3 tahun boleh tanye macam tu... maksudnya balik dengan mak memasing, tak de lah maklong dengan maksu penat... hehehe...

Friday, June 5, 2009

lama tak update...

lamanya tak update... tak tahu nak update ape.. sebab kdg2 rasanya tak perlu dikongsi satu dunia.. hehehehe.. cuma jom kita cuci mata dgn gambar kat bawah ni...