Pages

Wednesday, October 29, 2008

Keletihan

sejak balik ke melaka, terasa letih sangat sebabnya adik no dua dalam pantang so semua cucu2 atuk adalah kat rumah.. tak lah ramai manapun.... ramai lagi anak suzi. hehehe... masuk baby 3 orang je, semua lelaki... 2 hero kecik tu tak tahan di buatnya... dah ada geng lagi menjadi2 lah jawapnya... hakimi pulak keje dia berjalan... berjalan.. berjalan dan berjalan ajer.. penat kita nak ikut dan perhati sbb kalau leka sikit dia akan memanjat... main tv, decorder astro lah... ntah apa yang dia gobeknya.... agaknya macam mana orang yang anak rapat2, setahun sorang... respect giler lahhh leh jaga anak yang berderet mcm keretapi.... huhuhu... ni alamatnya kalau nak tambah kena tunggu hakimi tadika baru boleh kot.. kalau nak tambah le kan. kan.. kan...



kimi... jalan.. jalan... jalan dan jalan... pagi ngan petang mesti nak keluar jalan kat luar

ipan dgn kimi leka main... aman sekejap


kaki kimi pun nak main sekali..


kotak pun jadik lah
wooden toy tu baru je dapat... so leka lah kejap dedua main.. adalah dalam 5 minit aman dunia.. lepas tu huru hara balik.. rumah tak bule nak kemas.. ada jek jari jemari yang comel akan memunggah semula..

Sunday, October 26, 2008

hakimi dah pandai jealous

hakimi sekarang dah pandai jealous.. bukan setakat dgn baby orang lain dia jealous. dengan notebook buruk ni pun jealous... dah 2 hari atuk pergi KL, so dua harilah dia buat penrangai tak nak main sensorang... bukan duduk sesorang, kita ada guna notebook, dia dah di bagi notebook (macam) satu.. tak nak jugak...

actually belikan dia mainan mcm notebook tu bukan apa. selalu sangat kacau daddy kalau buat keje.. so belikan lah satu yang murah.. but not exactly notebooklah... basic bagi kimi belajar abc..

hakimi dah pandai salam orang... bila cakap suruh amin, dia akan salam dan cium tangan.. pandai anak mommy.. bila dengar kita cakap dia pandai, kimi akan tepuk tangan. :-) macam2 aksi keletah dia buat... kelakar kadang2 tu... satu lagi, walaupun tak pandai lagi cakap, tapi hakimi dah pahan arahan kita... macam suruh dia ambil kasut dia ke, remote tv ke... ermm.. bila dah bukak baju, dia tahu mana dia kena pergi. toilet.... huhuhu..

hakimi cuma pandai cakap bak.. bukak.. mak.. and a few words lagi.... gigi pulak dah 4 batang... dah setahun lebey... better late then never omputeh kate... hahaha...

Friday, October 17, 2008

anak tunggal demam


ahad, kami bergerak balik ke taiping sebab pak su sakit dan nak kan daddy... Ahad, hakimi dah start demam sikit2... sama jugak dengan irfan.. so just bagi ubat yang ada kat rumah.. sampai di taiping, tak kuat lagi demam.. malam lepas pak su masuk hospital, daddy kena gerak balik ke kl sbb ada keja yang belum selesai... kimi dan mommy tinggal di taiping sbb cadangnya lepas daddy balik dari kl kami akan ke kelantan pulaks... malam tu kimi start demam teruk.. ikshhh... just bagi syrup panadol.. tak berapa jalan.. tak tido dibuatnya sbb dok uras air kat badan ngan kepala...

pagi lagi, kul 7 cakap dgn tok yah.. ajak pergi klinik.. opah kata klinik bukak pukul 9... kimi dah jerit2.. nangis... keluar jugak dgn tok yah cari klinik.. iskhh semua belum bukak.. ermm punya besau bandar taiping, klinik lambat bukak.. klinik kat kuala pukul 8 dah bukak dah.. jalan punya jalan.. tiba kat Appolo Medical Center.. no choice... masuk dan tanya doktor ada ke tidak? budak kat tpt pendaftaran kata ada.. so ok lah..

lerr.. rerupanya doktor tak ader.. spital ape 24 jam macam ni.. iskhh tok yah dah bising sbb dia orang tipu kata doktor ada.. tok yah lagi jadik marah sbb kimi makin meraung2... nurse jadi kelam kabut sbb tok yah dah marah, cecepat suruh kami masuk dlm bilik doktor.. kekononnya doktor dah sampai.. belum sampai rupenyer... check temp. 38 cel. tunggu dlm 15 minit br doktor sampai... lepas tu doltor punye sengal.. rasa nak bagi penyepak jek.. cakap pelahan jerk.. kita tanye dia mcm layan tak layan.. hello.. kami bayar ok.. bukan spital kerajaan... bengang giler...

ambik ubat.. kene rm40.. sampai umah nak bagi hakimi ubat.. punyalah sengal appolo.. dia bagi sudu... macam mana agaknya dia org pikir, budak 1 tahun nak makan ubat pakai sudu... aku tak pernah jumpa klinik hatta klinik yang kat hulu macam kat kampung kat melaka tu bagi bebudak makan ubat dgn sudu... tak ke bangangggg.. dah le hakimi seksa nak makan ubat.. sakit jerk hati... nasib ada shrink awatif... kalau tak mahu aku pi bakar spital swasta yg kerek tu..

dah le bayar kire mahal dgn layanan di beri.. ubat kurang berkesan.. lepas ambil ubat badan hakimi still panas.. tak de pun perubaha.. iskhh susah hati macam ni... tak kena gaya.. lepas tu plak.. lepas makan ubat selsema dia kimi berak cair.. bukan cirit birit sbb tak kerap tapi najis dia mcm kena cirit birit.. tak tahu nak explain mcm mana... makan pun tak nak. nengok dlm mulut ada mata ikan...

malam rabu pun macam tu.. bincang2 dgn daddy, esok pepagi pergi klinik lain...lepas makan ubat klinik satu lagi baru kimi ok dan dah baik sekarang ni...

hakimi pun satu.. nampak je bawak botol ubat atau shrink.. dah lari.. penakut makan ubat.. ikut sape lah agaknya...

p/s: penjelesan dari Dr. Hakimah (best friend masa kat U)
maybe antibiotik yang dr. bagi sebabkan kimi cirit birit.. so kena stop dan bagi susu banyak2... sekarang kimi much better pasal cirit tu... menyusupun banyak..

Wednesday, October 8, 2008

Happy BIrthday to Mak



Hari ni birthday mak (nenek kimi). So kami pergi celebrate kat Johnny's sbb mak suka makan kat situ... sorry lah acu, tak tunggu acu... huhuhu..
acu koje.. lambat lah nak tunggu acu balik.. nanti ngan acu lain kira plak kan.. kan.. kan..
mak ngah plak, sorry gak.. mak ngah dalam pantang.. so kena duduk rumah ngan baby.. :-P

Potong Rambut



Hari Isnin lepas beraya di Rambai Tujuh, daddy bawak mommy, kimi dan paksu ke Penang.. g Queensbay Mall... daddy ada jumpa kawan kat sane... ambil gambo masa makan kat Johnnys, alamakkk macam pompuan pulak hakimi sbb rambut dah panjang... since lahir tak penah potong rambut. Nasib ikut mommy, jenis lambat nak panjang rambut. Tak kena gaya.. kene pegi potong sikit... kasi cantik sikit. we all meman cadang nak bagi panjang rambut kimi. esok2 nak sekolah baru potong.. huhuhuhu... tu pun kalau opah dgn nenek tak bising lah..



hakimi punya lah menangis, meraung, meronta tak nak gunting rambut.. sampai apek yg nak potong pun naik takut, takut terpotong lain...




Sunday, October 5, 2008

video kimi

to kimi's beloved acu, atok dengan mak kat melaka... from taiping with love...




Riang Ria Hari Raya

daddy tengah main dengan kimi
kimi dan kakak wawa
abang shaqif
kimi main dengan abang shaqif
kimi dengan opah


kimi dan mommy.. on the way pegi rumah uncle liew



daddy, mommy n kimi - umah opah


kimi n mommy lagi
kimi tengah siap2 nak pergi jalan raya
kimi keletihan.. on the way to Pantai Besar. Melawat kerabat daddy





Friday, October 3, 2008

Hari Raya Aidil Fitri

Selamat menyambut hari raya aidilfitri & maaf zahir dan batin. Tahun ni nampaknya turn rumah daddykimi di Taiping.. so hari ahad lagi kami dah balik ke Taiping..

tahun ni hakimi beraya kali kedua.. biasalah kimi, bukan nak dengan semua orang... dengan tok yah je yang dia nak...

kami akan pulangpada 10.sept.. lama bercuti kali ni sbb dah lama daddykimi tak cuti...tak kisah lah.. kira beraya sakan.. mana tak maknya sahaja ada 5 pasang baju kurung... huhuhuhu.. kimi pulak 2 pasang baju melayu dan 10pasang baju raya lain.... hehehehe.. hari2 pakai baju raya walaupun duduk rumah... tak pelah, bila lagi kimi nak beraya... nanti upload gambar sbb tak jumpa mana daddy letak usb cable hp mommy...

one more thing.. daddy bagi hp baru... besh.. besh....

lagi.. ipan pulak dapat adik baru seharu sebelum hari raya....