Pages

Wednesday, November 19, 2008

Nasi Daging

sejak jadi fulltime housewife ni, rajin plak nak cuba resepi baru yang agak2 orang kat rumah ni suka makan.. so sempena hubby ada kat rumah, saya masak lagi seklai nasi daging.. ni kiranya kali kedua saya masak... sedap... hehehe perasan sendirik... tapi hubby makan banyak.. bila tanya dia kata, i lapar.. means sedap lah tu... hahaha..

actully resepi ambil kat www.myresepi.com.. dan ubah sikit2 jerk... resepi dia...
(copy & paste jek)

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi (saya pakai beras biasa je)
  • 1/2 kilo daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma (2 sudu - 1 sudu untuk nasi dan 1 sudu lagi rebus daging)
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit garam
saya tambah bahan ini
  • 1 biji bawang besar (di mayang)
  • 3 ulas bawang putih (di mayang)
  • 1 sudu butter (utk menumis)
  • 1 sudu minyak sapi (utk menumis)

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.(saya pakai pressure cooker, so sekejap jek)
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Panaskan periuk dan cairkan butter dan minyak sapi
  5. Tumis halia, bawang besar dan bawang putih serta rempah kurma kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  6. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  7. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  8. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  9. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
  10. Sedap juga dihihang bersama acar darat....
Gambar tak de sbb lupa nak ambik tadik....

No comments: