Pages

Wednesday, August 13, 2008

Penyusuan Bayi.. sambungan...

idea ada nak menyambung cerita semalam, tapi masa tak mengizinkan.. setiap kali memegang notebook, hakimi mesti dah mendongak dan nak melihat sama apa mommy dia buat, kesudahnya menonton bersama Barney ataupun Thomas & Friends... kali ni hakimi tiada, ikut atuk nengok laut dengan ayam kat kg. pantai so dapat menjengah sebentar blog..

sambungan cerita semalam...

3. Tanggalkan pakaian bayi anda semasa menyusu. Praktikan jika berat bayi dibawah 3.6kg. Kenapa ye? Usahakan supaya perut anda (ibu ye bukan bapa :-P) menyentuh secara terus dengan perut bayi. Dengan terjadinya sentuhan yang hangat itu akan menyedarkan bayi yang sedang mengantuk supaya terus menyusu dan membuatkan bayi lagi bersemangat untuk menyusu. Sentuhan kulit ini akan merangsangkan penghasilan susu ibu. Dengan ini, bayi anda akan menyusu dalam kuantiti yang banyak..

4. Kekerapan memberi susu kepada bayi adalah penting.. Ibu-ibu kenalah bersabar, terutamanya yang baru pertama kali menjadi ibu. Lagi kerap kita memberikan bayi susu, maka lagi banyak penghasilan susu. Pastikan bayi tidak tidur melebihi 3 jam, kejutkan bayi anda dan berikan susu. Jika semasa menyusu bayi tertidur, maka geletek (boleh ke?) atau usik2 dibawah dagunya supaya bayi terjaga dan meneruskan menghisap.

5. Semasa memberikan bayi susu, sebolehnya tumpukan perhatian dengan berfikir tentang bayi dan susu. Sebolehnya peluk bayi dan maksimakan sentuhan kulit dengan kulit kerana ia daoat merangsangkan lagi penghasilan susu ibu.

.. sambungan akan dibuat pada masa yang sesuai..

No comments: