Pages

Sunday, August 24, 2008

Hakimi Permata Hati Mommy dan Daddy


hakimi... sehari


hakimi... setahun

24-Ogos-08 genap Hakimi berusia setahun.. Syukur kehadrat Ilahi kerana menganugerahkan kami Eidlan Hakimi. Bukan mudah untuk kami mendapatkan permata hati ini.. dengan hadirnya Hakimi, maka lengkaplah kehidupan kami.. tidak dapat digambarkan betapa gembiranya kami menerima kehadiran hakimi..

mengimbau kembali kisah lalu... mommykimi megalami alahan yang tidak berapa teruk semasa awal mengandungkan hakimi, adatlah muntah-muntah.. tapi bersyukur tidak sakit kepala... tetapi semasa usia kandungan 4 bulan, mommykimi dah mula merasakan "contraction".. keluar masuk hospital dah menjadi perkara biasa bagi mommykimi di sebabkan "contraction".. ditambah pula dengan batuk yang teruk.. mendapat rawatan dari Dr. Khamsiah Muda, o&g di Hospital Pakar An-Nur.

Sebenarnya Hakimi adalah anak ke-2 kami. Anak sulong kami, arwah Muhammad Eeman Hakimi meninggal selepas 6 jam dilahirkan pada 5-Januari-2005. Semasa mengandung arwah, mommykimi mengalami early contraction dan bleeding dan dirawat oleh Dr. Khamsiah juga tapi masa tu Dr. Khamsiah di Hospital Az-Zahrah, sebelah je dengan An-Nur. Mengandung sulong dan tidak ada pengalaman.. mommykimi lahirkan Eeman semada usia kandungan menjangkau 6 bulan dan bersalin secara normal dan arwah eeman dikebumikan di Presint 20, Putrajaya.

Sebab tu masa mengandung kali ke-2, Dr. Khamsiah jaga bebetul sebab tak nak sejarah lama berulang lagi... paling lama masuk hospital sebulan lamanya dan hanya keluar seminggu sebelum dijadualkan bersalin.. terima kasih tak terhingga kepada Dr. Khamsiah Muda dan juga kakitangan An-Nur... sepanjang mengandung hakimi juga MC.. start masuk 4 bulan mengandung dah MC hinggalah hais pantang.. lepas tu berhenti sebab hakimi tak nak menyusu dengan botol.. its complicated nak cerita sebab orang dok cakap tak usaha.. hanya kami berdua aje yang tahu macam mana hakimi kalau bagi susu dengan botol... walaupun susu tu diperah.. bukan susu formula..

masa nak lahir pun agak susah.. tak sakit sangat tapi poor progress.. pukul 9am dr. khamsiah dah start procedure induce tapi sehingga 10pm bukaan cuma 6 cm. Mak dengan daddykimi dah puas gilir tunggu di dalam labour room sejak pukul 12pm lagi... selepas bincang dengan daddykimi dan dr. khamsiah, we all decide untuk c-section sahaja.. orang kampung kata operate atau potong perut... so tepat jam 11.55pm lahirlah Eidlan Hakimi..

bila dah operate baru tahu apa masalahnya, baby tak engage betul di jalannya.. sebab tu poor progress.. dan baby Hakimi adalah baby ajaib.. sungguh besar kebesaranNya, tali pusat bersimpul. kalau terik sikit, oksigen dan makanan tidak akan sampai pada Hakimi.. sesungguhnya Allah maha besar..

No comments: