Pages

Monday, December 15, 2008

Latihan Ke Tandas...

copy n paste dari susuibu.com

Tanda-tanda Anak Sudah Sedia Untuk Latihan ke Tandas (Potty-Train)

Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)

Skil Bahasa
1. Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
hakimi so far Alhamdulillah.. dah paham dan mampu ikut arahan..

2. Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).
btw hakimi belum bebetul boleh sambung ayat.. sesekali jek dgr dia ckp nak buah... tu je... kalau berak ada sekali dua dia bagi tahu sambil pegang seluar dia.. yak

Skil Kognitif
3. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
ni hakimi kira dah lulus...

4. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)
hakimi belum lulus...

Skil Emosi
5. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
lulus...

6. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
lulus...

7. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
lulus.... bab makan je lah berkeras nak suap sendirik....

8. Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
blum lulus...

Skil Motor
9. Boleh berjalan dengan baik
lulus...

10. Boleh menanggalkan seluar sendiri
blum lulus... perlu banyak latihan

11. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
lulus...

12. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
lulus... sbb mommy dia belum check laghik.. hahaha

13. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari
blum lulus... sbb masalah sikit, hakimi berak tak tentu masa.. tapi 2/3 hari sekali..

Penjagaan Badan
14. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
lulus...

15. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
lulus... hero telanjang... bukak diapers sendiri, sampai kena pakai kan terbalik atau pakai yang pants

16. Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
separa lulus... sbb dia nak main turun naik atas potty..

17. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)
lulus... duduk kat celah memana sambil cangkung dan meneran.. boleh nampak dari muka dia

nampaknya kena tunggu lagi sampai kimi bersedia dari segi kognitif nya.....

2 comments:

Ajeem said...

bagus entri ni..panduan untuk menjadi ibu yang baik..nampaknya gadis-gadis diluar sana harus lulus juga sebelum masuk alam rumahtangga..heheeheee

sincere from heart... said...

Theoretical is easy but practically quite tough.. hahahaha