Pages

Monday, December 1, 2008

berita sedih...

hari ini kami ke seremban kerana abang kepada abah meninggal malam tadi sebab serangan jantung.. first attack, dah ajal dan tidak dapat selamat kan... sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah ramly bin md ghaus...

bila ada kematian atau kenduri kahwin barulah berkumpul semuanya keluarga sebelah abah... sekarang ni tinggal 3 orang sahaja adik beradik abah, abah, makcik dan pak shad. long, pak ngah, pak enal (yang meninggal semalam) dan pak wai dan meninggal.... maka tadi berjumpa lah kami, keluarga penghulu ghaus.. setelah hampir 3 tahun tidak berkumpul ramai2 macam tu...

maka jumpalah kimi dengan tok dan nenek sedara serta pakcim makcik sebelah abah... makngah datang dgn anak-anaknya, last sekali jumpa masa ngandungkan kimi 7 bulan, pakshad dan keluarga, dah besar2 dah anak dara pakshad.. nampak macam sebaya je dgn cik lili... ni dah betahun tak jumpa... mintak cik lili add kat facebook dia.. huhuh makcik yg ni rock sikit.... cik midah dan keluarga dan jugak family maknah.. family long memang selalu jumpa sbb rumah mak dgn rumah long sebelah menyebelah jek....tapi ada juga sepupu sepapat yang tak dapat dtg sbb urusan masing-masing... termasuklah daddykimi sbb ada urgent meeting n tak sempat nak sampai sebelum kebumi...

selepas tu kami ke melaka, asalnya nak beli keperluan hari raya next week... tapi hakimi mengamuk sbb tak cukup tidur, lepas makan terus balik rumah... sampai rumah kimi mengamuk lagi sbb tak puas tido lagi.. puas pujuk... dlm 45 minit gak dia menangis... at last dia tetido...

semoga mak nah dan keluarga tabah menghadapi dugaan-Nya...

No comments: