Tuesday, December 8, 2009
Kimi dan ceritanya lagi...
Tuesday, December 1, 2009
kimi.. bersambung
Monday, November 30, 2009
Hari yang panjang
Thursday, November 26, 2009
Thursday, November 12, 2009
hakimi smebang lagi..
Tuesday, November 3, 2009
tiada tajuk
Monday, October 26, 2009
Weekend yang penuh BERMAKNA dan MENYERONOKAN
Tuesday, October 20, 2009
Kimi oh Kimi
Monday, October 12, 2009
Kimi dan kompang
Saturday, October 10, 2009
Kimi eksyen dengan mommy
Friday, October 9, 2009
Kimi mengigau lagi...
Hati ku tersentuh....
Monday, October 5, 2009
Rahmat Ujian
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Wednesday, September 30, 2009
Alhamdulillah
tq pd hubby tersayang sebab ajar zikir tu.. ni ajar masa mengandung hakimi dulu..
Tuesday, September 29, 2009
Semakin Hampir
Friday, September 25, 2009
Selamat Hari Raya
Tuesday, September 15, 2009
Kad Raya Dr. Students
cerita pasal kad raya.. banyak tahun lah tak ada kad raya diterima.. fizikal ok... dulu setiap tahun AIDA tak akan lupa hantar kad raya termasuklah vendorssssssssss... so sejak dah kahwen.. dah tak kerja, tak de dah kad raya.. mcm mana org nak bagi, kita pun tak bagi.. hahaha..
tapi tahun ni rasa terharu... students bagi kad raya.. hehehe.. tq DE5.. walaupun u all nakal... kuat menjawap bila saya berleter, tapi u all baik sebenarnya.. cuma degil sikit jerk.. so sape2 nak duit raya, silalah datang rumah saya ok.. kat kelas tak boleh bagi duit raye.. kat kelas bagi ilmu jerk.. hehehe.. siti zubaidah.. ni special saya dedicate pada awak... jgn tak datang rumah saya tau.. pakai BAJU KURUNG!!!! baru saya bagi duit raya..
DE5 dan DSK5.. break seminggu ni jangan lupa siapkan keje yang saya bg esp DE5, saya dah extend tarikh hantar assignment, so my expectation more higher ok...
selamat hari raya semua.. jangan lupa balik semula ke kolej.. isnin saya dah buat kelas. tak ada tapi2 lagi ok..
Saturday, September 5, 2009
Hati ini
Friday, August 28, 2009
Selamat Menempuh Peperiksaan
Tuesday, August 25, 2009
Wednesday, August 19, 2009
mari mari.. kita beraya bersama
Sunday, August 16, 2009
Happy Birthday Daddy
Thursday, August 13, 2009
terkenang kisah lalu
Special Project...
Tuesday, August 11, 2009
counting...
Tuesday, August 4, 2009
Pujian Vs. Galakan
Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dengan betul dan berpada-pada. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yang anda berikan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita itu ada keburukannya? Ya, pujian ada keburukannya jika tidak digunakan dengan betul. Memang pujian itu merupakan satu cara yang agak berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang tetapi terdapat satu lagi strategi yang lebih berkesan.
Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah berkata, “…seorang kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air”. Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara kanak-kanak itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan. Kedua-dua teknik ini boleh:
i. Membina harga diri
ii. Meningkatkan rasa bangga
iii. Menggalakkan kerjasama
iv. Membina perhubungan yang positif
v. Membantu kanak-kanak semasa mereka menghadapi kesukaran dan masalah
Bagaimanapun, jika anda kaji betul-betul, sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:
1. Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:
“Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!”
Galakan pula ialah satu hadiah:
”Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih untuk peperiksaan kali ini!”
2. Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi:
“Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!”
Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita mengambil berat:
“Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya tadi.”
3. Pujian menggalakkan pertandingan:
“Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!”
Galakan menggalakkan kerjasama:
”Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.”
4. Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:
“Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.”
Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:
“Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak.”
5. Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa:
“Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa bangga dengan Hafiz.”
Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:
“Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri Syakirin.”
6. Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:
“Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputus-an cemerlang dalam peperiksaan.”
Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaan:
“Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!”
Daripada penerangan-penerang an di atas, anda boleh lihat bahawa puji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!
Topik ini dapat mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih gigih dalam memahirkan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi yang lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia yang tersohor, Dale Carnegie, dalam buku beliau “How to Win Friends and Influence People”. Lihat dalam cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan dengan efektif:
“Strategi ini saya pelajari daripada John William, yang merupakan Pengerusi di syarikat tempat saya bekerja dahulu. John merupakan seorang ahli korporat yang hebat dan amat berbakat. ‘Kemahiran manusia’ beliau amat menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yang me-ngenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau berinteraksi dengan orang lain.
Bila-bila sahaja setiausaha saya memberitahu bahawa John sedang di talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dengan beliau. Suatu hari, saya cuba menganalisa sebab-sebab penggilan beliau cukup menyeronokkan saya. Selepas membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, “Minit mesyuarat yang awak buat itu cukup hebat.” Beliau juga sering memberi galakan kepada saya, “Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan persahabatan bola sepak syarikat kita semalam. Bagus kerana awak sudi meluangkan masa awak untuk datang memberikan sokongan.”
Tetapi apa yang lebih penting ialah John sering menunjukkan minat beliau terhadap diri, keluarga, aktiviti-aktiviti dan juga kehidupan saya. Beliau sering menunjukkan minat kepada saya sebagai seorang insan dan bukan sekadar pekerja beliau. Apabila John menelefon saya, beliau sudah tentu ingin bertanyakan urusan syarikat tetapi beliau akan memulakan perbualan beliau dengan bertanyakan anak-anak, isteri atau aktiviti-aktiviti saya. Beliau menunjukkan minat terhadap diri saya dan saya amat menyukainya.
Apabila saya menyedari akan kuasa minat ini, saya mula menggunakannya untuk membina dan mengekalkan perhubungan dengan kanak-kanak dan pekerja-pekerja saya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari saya bertembung dengan seorang pekerja muda di pejabat dan kami mula berbual. Dengan mengambil iktibar daripada sikap John, saya tidak memberi pujian atau galakan kepada beliau. Sebaliknya, saya menunjukkan minat yang ikhlas terhadap diri beliau. “Saya nampak awak baru beli kereta ya, David. Cantik warna kereta awak tu. Di mana awak beli kereta tu?” Muka pekerja muda itu kelihatan teruja! Pengurus Besar syarikat beliau menyedari kereta baru beliau dan mengambil masa untuk memberitahu beliau! Perbualan yang ringkas itu lebih bermakna kepada beliau daripada sebarang pujian dan galakan. “
Pengajaran daripada cerita ini, anda sebagai ibu bapa dan pendidik boleh memberikan hadiah menakjubkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika anak anda pulang dengan hasil lukisan yang dilukis oleh mereka di sekolah, anda mungkin boleh meluahkan perasaan anda, “Wah! Menariknya lukisan adik ni. Adik baru belajar di sekolah ke?” ataupun jika di sekolah, anda boleh menunjukkan minat anda dengan seseorang pelajar dengan berkata, “Cikgu dapat tahu bapa awak seorang anggota polis. Awak tahu tak datuk saya dulu pun seorang anggota polis?” Cuba tunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan dan aktiviti-aktiviti anak-anak dan pelajar-pelajar anda.
Artikel di atas dipetik daripada buku Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda terbitan Perintis Books Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.books.perintis. com.my atau hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.
Monday, August 3, 2009
sekejap jerk ???
Wednesday, July 29, 2009
hakimi... belajar dari siapa?
Monday, July 27, 2009
H1N1 menyerangggg...
Friday, July 24, 2009
cracking my head...
hari yang mencabar...
Tuesday, July 21, 2009
Salin Kulit
Monday, July 20, 2009
Teknik Ransangan Bayi / Anak
Saya dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua. Saya teruja nak cuba tip #39… tapi kena tunggu anak-anak ni besar sikitlah. Kalau nak cuba sekarang, takut pulak orang kata "buang tebiat ke ape ke, dok bagi anak main hujan!". Teringat masa kecik-kecik dulu main hujan dengan abang dan adik… Hemmm… heaven!
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.
Selamat mencuba!
Sunday, July 19, 2009
sembang hakimi lagi
Wednesday, July 15, 2009
Tinggal 7 jam pulak
Tuesday, July 14, 2009
Hakimi Budak baik
Untuk Dikongsi Bersama
Monday, July 13, 2009
satu harapan satu matlamat
Tuesday, July 7, 2009
Sembang-Sembang
Monday, July 6, 2009
Merapu lagik...
Saturday, July 4, 2009
Meluat Tahap GABAN
Sunday, June 28, 2009
Kehidupan.. ketabahan.. kesabaran..
Thursday, June 25, 2009
Mari Bersauna
Wednesday, June 17, 2009
Kad dari Suzi... dan hapdet lagi
Friday, June 5, 2009
lama tak update...
Friday, May 29, 2009
Seronok... Seronok
Wednesday, May 27, 2009
Happy Anniversary
Tuesday, May 26, 2009
Doa Untuk Anak-Anak
1. Doa untuk memohon rahmat - Surah Ali Imran ayat 8-9
2. Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali-Imran ayat 38
3. Doa supaya anak kerjakan solat - Surah Ibrahim ayat 40 - 41
4. Doa supaya anak taat kepada Allah - Surah Al Baqarahayat 128
5. Doa diberi zuriat yang menyejuk mata memandang - Surah Al Furqan ayat 74
6. Doa supaya anak pandai belajar - Surah Al Anbiya ayat 79
7. Doa anak lembut hati - Surah Al Anbiya ayat 69 dan Al Hasyar ayat 22-24
8. Doa anak rajin sekolah - Surah Taha ayat 1-5
Do not forget your parents as they are the reasons you are here in this world.
Hadih Riwayat Muslim "Rasulullah bersadba, Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tida iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain dan anak yang mendoakannya"
Doa kepada Ibubapa
1. Surah Ibrahim ayat 4
2. Surah AlIsraa' ayat 24
Wallahu'alam