Pages

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru

Selamat menyambut Tahun Baru 2009.. Semoga apa yang dicitakan pada 2008 terlaksana dan selamat memulakan rencana untuk 2009...

cakap pasal tahun baru mesti nak cakap pasal azam... ermm... ape ek azam tahun 2009 ni... errrr... basically sama macam tahun lepas tapi nak buat improvement laghikk...

daddy pulak kat link ini.. sila click

BUT.. saya dan hakimi mengakhiri tahun 2008 dengan kena gatal2 satu badan.. bukan alahan pada makanan tapi alahan pada kupu-kupu.. waaaa... satu badan gatal.. nasib hakimi tak kena teruk...

Sunday, December 28, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430H

Salam Ma'al Hijrah 1430H dari kami sekeluarga.. semoga penghijrahan kita akan lebih bermakna dan menuju kepada kebaikan untuk semua, InsyaAllah

we're sick

weekend yang tidak seronok.. sebabnya kami berdua demam selsema.. and daddy busy dan tak balik.. memula rancang nak ikut mak g rumah orang kawen, kire sedara dekat... tapi tak berapa sihat, so duduk rumah jerk... nengok cite kimi.. barney, thomas, barney, thomas....

Friday, December 26, 2008

Kita Kena Tipu...

hari tu pergi beli diapers di sebuah pasaraya terkemuka.. baru2 ni pak menteri ada pergi merasmikan kekononnya telah menurunkan harga barang2nya... betul ke?

secara sedar atau tidak... dia org ni menipu dalam senyap... dah lama perhati dah... diapers kimi selalunya harga dalam rm26 (kalau ada sales) dan maksimum rm32.. ni nengok kat situ rm36.. mak aiiii.... macam mana dgn orang tak mampu ekkk?? lagi satu, beli syampu kimi... pada rak tu label tulis RM2.50.. cakap pada makcu, mcm tak logik jek.... makcu kata ada promosi kot kaklong... oklah... beli jeklah... esoknya nengok bil yang dah di punch... nengok harga syampu tu rm7.90.... iskhhh.... sian kat orang yang bebetul harap harga di rm2.50

di pasar raya yang same. tahun lepas, kakngah beli susu ipan.... harga kat rak lain dan bila di punch lain... bila argue dia siap suruh pegi nengok balik label kat rak.. pegi nengok.. dia orang dah siap tukar harga... memang c****ka dia orang ni....

lagi satu kalau kat pasaraya besar ni.. most of barang2 dia hujung harga dema mesti 89 sen ke.. 99 sen.. 79 sen ke... yelah janji bila dibundarkan deme dapat lagi 1 sen ke 2 sen ke.... jarang yang 23 sen ke.. sebab customer akan dapat 3 sen tu... tak gunalah kerajaan perkenalkan pembundaran tu sbb peniaga2 ni mengambil kesempatan... kalau satu customer dia bule dapat 2osen... satu hari berpa gamaknya dia org dapt free macam tu jek... kerajaaan prihatin ke macam tu????? cuba lah fikir kepada mereka yang kurang berkemampuan.. tak ke kesian......

Thursday, December 25, 2008

Kimi boring lahhhh

well, kami baru je balik dari rumah acu.... kimi dah biasa duduk rumah yang nampak laman, bila pegi umah acu.. nampak dinding.. pandang luar nampak langit... ishhh.. keadaan ini menyebabkan rutin kimi bertukar.. lagi banyak tido dan banyakkkkkkkk menyusu... iskhhh.... mak dia pun same gak, banyak tidooo... mintak ampunnn nak g umah acu lagi....

kebetulan daddy tak ada, pg pantai timur so susahlah nak berjalan2.. kalau daddy ada syok lah kot, daddy bawak ronda2... atuk pulak mcm mana nak bawak berjalan, kete tak ada.. bawak satu kereta jek sbb acu sakit perut masa balik dari melaka hari tu...

nasib ada abang ipan, pe ambik kat umah makngah... tapi biasalah budak2 berrebut mainan keje nya... then kimi berjangkit selsema dari irfan... hampir2 kena sakit mata sbb hilmi kena sakit mata dan irfan kena sesikit...


daddy... bila nak balik? we miss u lah daddy.... :-(

Saturday, December 20, 2008

Acu Balik....


kimi dan acu bucuk

ye ye acu balik... huhuhu lama dah acu tak cuti lama... sibuk le gamaknyer atau tak dapat off yang double.. bila acu balik, kimi jadik anak angkat acu.. acu masuk bilik kimi ikut.. acu mandi kimi tunggu depan pintu bilik air, kalu bule nak masuk same.. acu baring, kimi dok baring sebelah... acu sms ngan future pakcu, kimi pun nak sibuk... seme acu buat, kimi nak jugak buat...

so mommy kire relax sket.. mandi pun ngan acu... hahaha.. macam tu lah irfan dengan kimi sayangkan acu.. mcm sayangkan mak sendirik.. tak tahulah bila acu kawen nanti macam mana bebudak ni... sayang beno dengan acu nya...

haiya acu.. bila nak kawen ni? mommy ngan mak dah berkobar2 merancang majlis kawen acu ni.. ikshhh... kotak hantaran bertunang pun dah siap.. daddykimi pun dah bersemangat dah ni... kakakakaka...

Monday, December 15, 2008

Latihan Ke Tandas...

copy n paste dari susuibu.com

Tanda-tanda Anak Sudah Sedia Untuk Latihan ke Tandas (Potty-Train)

Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)

Skil Bahasa
1. Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
hakimi so far Alhamdulillah.. dah paham dan mampu ikut arahan..

2. Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).
btw hakimi belum bebetul boleh sambung ayat.. sesekali jek dgr dia ckp nak buah... tu je... kalau berak ada sekali dua dia bagi tahu sambil pegang seluar dia.. yak

Skil Kognitif
3. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
ni hakimi kira dah lulus...

4. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)
hakimi belum lulus...

Skil Emosi
5. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
lulus...

6. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
lulus...

7. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
lulus.... bab makan je lah berkeras nak suap sendirik....

8. Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
blum lulus...

Skil Motor
9. Boleh berjalan dengan baik
lulus...

10. Boleh menanggalkan seluar sendiri
blum lulus... perlu banyak latihan

11. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
lulus...

12. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
lulus... sbb mommy dia belum check laghik.. hahaha

13. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari
blum lulus... sbb masalah sikit, hakimi berak tak tentu masa.. tapi 2/3 hari sekali..

Penjagaan Badan
14. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
lulus...

15. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
lulus... hero telanjang... bukak diapers sendiri, sampai kena pakai kan terbalik atau pakai yang pants

16. Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
separa lulus... sbb dia nak main turun naik atas potty..

17. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)
lulus... duduk kat celah memana sambil cangkung dan meneran.. boleh nampak dari muka dia

nampaknya kena tunggu lagi sampai kimi bersedia dari segi kognitif nya.....

Saturday, December 6, 2008

Hakimi & Bunga Api

malam tadi bawak hakimi pergi rumah orang kahwin kat pantai.. saje je sebab hakimi tak pernah pergi nengok orang berarak dengan bunga api... so kiranya first experience kimi dengan kompang dan bunga api... nasib joget lambak dah tak de... kalu idak advanced anak bujang ku ini..

the best part is kompang dia, kompang dia lain sangat yang biasa didengar.. mak cakap orang dulu2 kompang mcm tu... actually dia orang tak pakai kompang, tapi pakai rebana sambil selawat... huhuhu dah dapat idea.. dah adik besok boleh ambik kompang dari brisu tu... kimi suka sambil tepuk tangan... seronok lah tu

but part bunga api yang tak best.. mula2 tu dia seronok.. tunjuk2 kat langit.. tapi bila bunyi kuat dia mula menangis.. takut.. hahahaha.. ape lah anak jantanss... terus bawak masuk dlm kemah...

another thing yang seronoknya jumpa kawan-kawan lama masa bebudak.. huhuhu kawan-kawan main pondok2... kejar-kejar, lompat getah, main kat laut dan lain-lain.. but most of then dah tak cam.. tapi bebudak tu still cam pada saya... huhuhuhu how shame it is... lama sangat tinggal kan kampung.. almost 22 years.. dah tua rupanya... antara yang jumpa dan sembang, along, jue, kak ina, kak ama, ina, cuma, abg zul (photographer masa kawen dulu) and emi but dgn si emi ni just senyum.. segan pulak nak tegur..

gambar tak ambik lah sebab segan..

Thursday, December 4, 2008

Hakimi disangka budak pompuan..

sejak kebelakangan ni... ramai pulak orang cakap hakimi perempuan... semenjak rambut makin panjang.. iskhhh... depa ni tak nengok ker, kimi pakai baju lelaki... kaler pink setitik pun tak dek... ermm... agaknya masa memula ngandung tu teringin nak anak perempuan.. sampai dah 7 bulan dan doktor kham cakap lelaki pun dlm hati still kate pompuan hehehe....

kejadian pertama
lokasi : bazar kat penang
masa pergi penang hari tu, saje gatal ajak daddy pg beli baju kat kedai2 kecik tu... saje nak cari kan kimi baju ada cop penang.. sampai2 kat kedai tu, amoi kedai cakap... 'ini cantik... kale pink' iskhhh... terus daddy cakap 'lelaki lah.. bukan perempuan' .... huhuhu amoi mintak maap

kejadian kedua
lokasi: rumah opah
kawan opah datang, ajak opah pergi pasar tani... so sementara opah siap2.. kekonon ramah lah.. duduk dengan makcik tu layan borak... makcik tu cakap 'org tua2 kata elok kalau anak perempuan ikut muka ayah dia.. comel, macam mat naim masa kecik' ... iskhhh... makcik ni tak kan tak tahu laki ke pompuan anak den ni... mommypun cakap, ' errr.. lelaki cik bukan perempuan'.. terus makcik tu diam... actually kami pun tak pasti kimi ikut muka siapa sbb ada kata ikut muka belah melaka n ada kata ikut muka belah tepen... apee2 jelah janji kalau buat dna, sah anak mommy and daddy...

kejadian ketiga
lokasi: pasar tani kuala
saje je pergi pasar tani kat pekan kuala, maklumlah pertama kali bukak, kami agak mesti banyak gerai.. tapi tak bayank pun dan tak ada pilihan... yelah ni lah salah satu kerajaan nak tolong orang bumiputera esp melayu berniaga walaupun ada jugak yang mengambil kesempatan... masa nak balik terjumpa dgn kawan atuk... naik basikal dan bawak cucu dia.... cucu dia pakai baju pink... pastu dia cakap kat cucu dia.. 'ha.. nengok tu makwe, comel' sambil tunjuk kimi.... errr.. aku nengok cucu dia pakai baju pink sedangkan kimi pakai baju biru gelap.. ermm bute ape pakcik ni... hehehe then mak cakap 'eh.. ape pulak makwe.. cucu aku lelaki lah'... kuang kuang kuang....

kejadian keempat
lokasi: rumah mak nah (masa pak enal meninggal)
masa sibuk2 baca Yassin, ada sorang makcik masuk... jiran mak nah lah tu... nampak mak lambai tangan kat dia.. rerupanya kawan sekolah mak dulu lah.... lepas jenazah dibawa ke masjid untuk mandi dan kapan, makcik tu tegor kimi... 'manalah anak dara ni ni nak pegi' sebab kimi dah start meronda2... lepas tu mak cakap 'cucu aku lelaki lah.. tak nampak ke dia pakai baju melayu tu' makcik tu siap tak percaya.. siap cakap kat mak 'kau biar betul lelaki cucu kau' hahahahaha.. acu gelak kan kimi... mak cakaplak 'aku tahulah.. aku jaga dia dari kecik.. tak kan aku silap cucu aku sendirik' hehehe.. alahai cian anak mommy....

nampak gayanya kene potong pendek rambut kimi lepas raya.. ermm terpulang pada daddy.. atau trim sikit lagi... wait n see

Monday, December 1, 2008

berita sedih...

hari ini kami ke seremban kerana abang kepada abah meninggal malam tadi sebab serangan jantung.. first attack, dah ajal dan tidak dapat selamat kan... sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah ramly bin md ghaus...

bila ada kematian atau kenduri kahwin barulah berkumpul semuanya keluarga sebelah abah... sekarang ni tinggal 3 orang sahaja adik beradik abah, abah, makcik dan pak shad. long, pak ngah, pak enal (yang meninggal semalam) dan pak wai dan meninggal.... maka tadi berjumpa lah kami, keluarga penghulu ghaus.. setelah hampir 3 tahun tidak berkumpul ramai2 macam tu...

maka jumpalah kimi dengan tok dan nenek sedara serta pakcim makcik sebelah abah... makngah datang dgn anak-anaknya, last sekali jumpa masa ngandungkan kimi 7 bulan, pakshad dan keluarga, dah besar2 dah anak dara pakshad.. nampak macam sebaya je dgn cik lili... ni dah betahun tak jumpa... mintak cik lili add kat facebook dia.. huhuh makcik yg ni rock sikit.... cik midah dan keluarga dan jugak family maknah.. family long memang selalu jumpa sbb rumah mak dgn rumah long sebelah menyebelah jek....tapi ada juga sepupu sepapat yang tak dapat dtg sbb urusan masing-masing... termasuklah daddykimi sbb ada urgent meeting n tak sempat nak sampai sebelum kebumi...

selepas tu kami ke melaka, asalnya nak beli keperluan hari raya next week... tapi hakimi mengamuk sbb tak cukup tidur, lepas makan terus balik rumah... sampai rumah kimi mengamuk lagi sbb tak puas tido lagi.. puas pujuk... dlm 45 minit gak dia menangis... at last dia tetido...

semoga mak nah dan keluarga tabah menghadapi dugaan-Nya...